8/06/2014

Lain Orang Lain Ragam

Assalamualaikum,

Lama dah tak menaip, rasa gatal je jemari aku nak berlari atas keyboard. kalau recall balik rasanya dah 4 bulan aku tak menaip. tapi tak pe, malam ni aku nak berlari sepuasnya nak lepas geram. menyampah kan baca intro yang entah pape. 

rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya. so, pada sesape yang ada terasa hati dengan aku, ada yang rasa nak sepak je muka aku ni, ada yang rasa menyampah dengan aku, aku dengan rendah diri ingin menyusun 40 jari(termasuk jari kaki) memohon seribu keampunan dan mohon lupakan segala salah dan silap aku ye. bak trend sekarang, kosong-kosong ye. sesape yang buat salah dengan aku, don't worry aku dah maafkan korang. tak simpan dalam hati pun okay! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

sekarang dah masuk bulan 8, means dah sebulan lebih aku kat Politeknik Shah Alam ni. oh ye, lupa nak bagitau. sekarang aku sambung belajar kat Politeknik Shah Alam. kat sini aku sambung diploma dalam course Business Study selama 3 tahun. aku baru semester 1 kat sini. kat sini jugak aku belajar dengan adik-adik yang berumur 18 tahun sedangkan aku dah 19 tahun. tapi kat sini tak de beza apa-apa sebab semua pelajar dilayan sama rata, tak peduli kau umur berapa pun. 

suasana kat sini berbeza dengan tempat aku belajar dulu. suasana yang kalau boleh aku nak elak sebenarnya, tapi ye lah, lain tempat lain rasanya kan? sebulan lebih aku cuba sesuaikan diri aku dengan keadaan sekitar. pernah dengar peribahasa, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam? mestilah pernah dengar kan. tapi kes aku ni aku ubah sikit peribahasa tu. lain orang lain ragam. sebab boleh dikatakan setiap hari aku berjumpa dengan orang yang berbeza. setiap manusia tu ada perangai masing-masing kan. 

kehidupan kat poli ni sedikit sebanyak buat aku makin down. bukan lah nak merungut atau tak bersyukur tapi ye lah, sebagai manusia, aku memang tak terlepas dari benda-benda camni. 

kat sini macam2 ragam yang aku tengok. sampaikan kau rasa nak gelak tapi terpaksa tahan sebab dia tu classmates kau. jenis aku ni jenis yang orang tegur dulu baru aku bercakap. nak mengharapkan aku untuk tegur orang, memang tak lah. nak kata aku ni pemalu, rasanya tak. pernah terjadi satu insiden, aku pandang kau, kau pandang aku. sebabnya memasing tak nak bukak mulut. 

dalam kelas aku contohnya, macam2 perangai kau boleh jumpa. yang tak ada adab, yang mulut murai, yang perasan bagus, semua ada. tapi atas sesetengah orang jugak kan? kita tak boleh nak judge a book by it's cover. apa yang aku nampak camtu lah.

aku duduk kat kamsis sentosa. penghuni dekat kamsis ni dua orang je sebilik. aku dapat roommate budak kuantan. budak tu amek course civil engineering. aku pun tak tahu sebenarnya dia ni jenis yang camna sebab sepanjang sebulan lebih aku sebilik dengan dia, sehari tu boleh kira berapa patah perkataan je kitorang bercakap. yang banyaknya memasing buat kerja sendiri. aku lagi lah tak kisah, at least dia tak sibuk hal aku.

kat sini aku jadi kera sumbang sebab aku memang tak bergaul dengan classmates, coursemates, atau levelmates aku. tapi sebenarnya lagi better aku sendiri sebab diorang ni suka mengarut. bila dah habis kelas aku terus balik bilik then tidur. peduli aku dengan orang lain. memang lah tak bagus kan sendiri2, at least kena lah berkawan. maksud aku kat sini, kalau diorang ajak aku lepak atau gi jenjalan, aku tak ikut. aku berkawan tapi hanya dalam kelas dan bila perlu. 

since duduk di kamsis ni, badan aku selalu je letih sebab penat jalan. jauh kot kamsis dengan bangunan fakulti. sebab tu lepas kelas aku balik tidur. sumpah penat gila. tapi tak pe lah, demi ilmu dan cita-cita. chewaaah.

okay, aku stop kat sini dulu sebab sekarang dah jam 4.15 pagi and aku kelas jam 8 pagi nanti. so, peace no war and stay healthy.

Wallahualam.

4/01/2014

Sentap , Insaf , Taubat

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog even final dah dekat. Tujuan aku update entry baru malam ni sebab aku nak kongsi something yang membuat aku TERSENTAP, INSAF, dan terus BERTAUBAT. 

Lately ni banyak yang tak kena dengan aku membuatkan aku rasa nak give up. membuatkan aku rasa aku lah pelajar yang paling teruk, membuatkan aku rasa aku lah anak yang tak guna. membuatkan aku rasa sangat-sangat kecewa. kadang aku terpikir sensorang, apa tujuan aku hidup? kadang aku terpikir kenapa aku hidup? kadang aku terpikir kenapa aku yang Allah berikan ujian sebegini rupa? aku terlalu memikirkan benda-benda ni sampai aku tak kenal siapa aku. sampai kan aku salah kan Tuhan! memang banyak dosa aku dengan Allah, dengan mak ayah aku, dengan semua orang yang kenal aku. terlalu banyak sehingga kan aku tak tahu sama ada Allah akan ampunkan aku atau tak. sampaikan aku rasa nak meletup dada ni tahan sebak memikirkan kekhilafan aku yang dulu. memang aku seorang pendosa. aku manusia yang melakukan banyak dosa.

28/03/14
Aku akan ingat tarikh ni. dan aku takkan lupa sampai bila-bila. tarikh yang membuatkan aku rasa TERSENTAP dan INSAF. tarikh keramat. apa yang mampu aku ucapkan ialah JUTAAN TERIMA KASIH! terima kasih sebab berjaya mem'brainwash'kan aku. tarikh yang membuatkan aku rasa sangat-sangat kerdil. seharian menangis. aku yang dulunya megah berdiri di hadapan orang, tapi lemah bila berhadapan dengan insan yang sangat dihormati oleh orang sekeliling. berhadapan dengan beliau membuatkan aku secara automatik menjatuhkan kedua-dua lutut aku dan menangis semahu-mahunya. bicaranya lembut sesuai dengan status beliau sebagai seorang ibu. halus kata-katanya meresap ke dasar hati aku yang paling dalam. satu hari aku ber'consultation' dengan beliau. satu hari aku meluahkan segalanya. hari yang aku rasa amat lah panjang tapi paling bermakna. saat mulutnya terbuka berbicara, fikiran aku melayang. memikirkan dosa-dosa ku, memikirkan mama dan abah, segala yang aku lakukan terlintas bagaikan sedang menyaksikan slideshow tentang perjalanan hidup aku. saat itu air mataku tumpah tanpa segan dihadapan beliau. jujur, aku takut. takut dengan apa yang telah aku lakukan. takut dengan dosa-dosaku sendiri. takut akan kesannya nanti. 

sekali lagi aku di'hadiah'kan dengan 'tayangan' azab kubur. Allahu. tak pernah aku rasa takut sebegini rupa. ceramah agama yang selama ni aku hadir, tidak pernah satu pun memberi kesan sebegini kepada ku. sekali lagi aku menangis. dengan perlahan beliau menepuk lembut bahuku. tanpa malu aku memeluk insan yang ketika itu turut sama menitiskan air mata denganku. aku menangis semahu-mahu nya. beliau terus memujuk ku dengan kata-kata yang sangat halus. rasa bersalah kian menyelubungi diri. rasa ingin sujud di kaki mama dan abah membuak-buak. sekali lagi beliau memeluk aku.

SENTAP.

INSAF.

MENYESAL.

BERSALAH.

perasaan aku berbaur. waktu itu aku hanya mampu berdoa. ingin sujud di atas sejadah terpaksa ditahan kerana aku uzur syari'e. aku dan beliau sama-sama berdoa. berdoa semoga kami diberi kesempatan untuk bertaubat. 

di saat itu aku rasa sangat tenang. rasa bersyukur. bermacam-macam rasa.

dalam perjalanan menuju ke mahallah, aku terfikir sesuatu. 
MALU.
ye, malu. aku malu. malu dengan keadaan aku. malu dengan kawan-kawan. sangat malu. malu untuk berhadapan dengan semua orang. malu dengan Allah. 

Allahu. Allahu.

malam tu aku menangis lagi. mengenang dosa lalu. 

Wallahualam. 

3/13/2014

Perjalanan Baru Bermula

Assalamualaikum,

dah lama dah rasanya tak menaip. bukan sebab busy tapi malas. malas nak menaip, malas nak fikir idea, malas nak log in, malas semalas-malasnya. teruk kan aku? apa, kau ingat senang ke nak cari idea? kau ingat cari idea sesenang kau makan nasi? okay, tetibe lak nak bengang sensorang. -_-'

aku sebenarnya kan tak de story pun nak cerita. so, aku tak tau nak cerita apa. tajuk entry kat atas pun aku copy dari majalah Infiniti. entah kenapa tajuk tu interesting. rasa macam ada benda yang aku nak story tapi kau tau la kan, idea bukannya datang macam kau kelip mata sekali then dia muncul macam superman. ahh, ayat keling.

sekarang ni kan banyak benda dah jadi kan. macam-macam kes. kes anwar 'melawat' penjara lah, kes erra fazira bercerai lah, kes hanez suraya lah, then yang terbaru kes pesawat mh370 tetibe hilang. 

dalam blog aku ni aku tak nak cerita pasal pak itik2 ni sebab aku takut kena kecam. ye lah, kang tak pepasal kuar statement psl aku. femes kejap. k bai. 

lately ni banyak benda jadi kat aku. rasa macam semua ni mimpi je. kadang tu aku terfikir, umur aku baru 19 tapi dah lalui benda2 yang bagi aku tersangat lah ngeri dan menyeramkan. yang aku tak paham kan, orang2 kat sekeliling aku ni terlebih eksaited dari aku. kadang tu diorang yang duk sibuk berangan lebih dari aku. bukan nak kutuk lah, tapi apa yang aku duk perhatikan, cenggitu lah lebih kurang keadaannya. mohon tak terasa ye. hehe.

tapi, the best part is aku dapat pengalaman baru. pengalaman yang entah bila lagi aku boleh lalui. mungkin ada sesetengah orang beranggapan aku ni beruntung, bertuah and mungkin jugak ada yang beranggapan aku ni saje nak buat cerita, drama queen bagai. tapi, macam yang aku selalu cakap lah, orang tak lalui benda ni, orang tak kenal aku, so diorang takkan faham. aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku. nak kutuk ke, nak hina ke, peduli ah. bagi aku, ni hidup aku. aku tak copy hidup orang.

aku mintak maaf lah kalo ada yang terasa dengan apa yang aku membebel ni. ni cuma luahan hati aku. aku taknak berprasangka buruk kat sesape. 

so, chillax! 

p/s: tajuk entry tak de kena mengena dengan isi blog. hehe. sorry. 

Wallahualam.

2/22/2014

Kawan & Sahabat

Assalamualaikum,

lama dah rasanya tak menaip. so , malam ni free boleh lah buat entry baru . actually , tak de lah free sangat tapi sempat lah aku curi masa sikit nak menaip. so, let's begin!

kali ni aku nak cerita sikit pasal kawan and sahabat. aku ada ramai kawan. korang pun ada ramai kawan kan? semua orang ada kawan. tapi kawan tak sama dengan sahabat. kawan berbeza dengan sahabat. apa perbezaannya? okay, lemme explain. 

KAWAN: semua orang ada kawan. tak kisah dekat atau jauh. tak kisah rapat atau tak. tak kisah lah kawan macam mana pun. bagi aku, kawan ialah someone yang kau boleh mintak tolong bila-bila perlu. contoh macam aku. aku ada kawan yang duk kat terengganu, kl, perlis, perak, even sabah and sarawak pun aku ada. boleh kata aku ada kawan kat seluruh malaysia. kawan kat facebook pun boleh kira kawan kan? aku tak tahu lah ape korang fikir pasal maksud kawan ni. tapi bagi aku, kawan ialah someone yang ada untuk kau bila kau perlu. 

dalam hidup aku, even aku tak rapat pun dengan somenone tu, aku still anggap yang dia tu kawan aku. bagi aku, kawan memang penting. sebab kawan main peranan penting dalam hidup aku. kalau tak de kawan, aku takkan ada kenangan. 

aku ada story pasal kawan ni. siapa dia biarlah aku rahsiakan demi kebaikan bersama . chewah, ayat tak leh blah. aku start kenal dengan dia ni since form 3. aku tak lah rapat sangat dengan dia ni, tapi sesape yang tengok kitorang ni akan cakap kitorang ni rapat gegila. hah, amek kau, dah kuar ayat gegila tu. okay, tak lawak. tapi, honestly dalam ramai2 kawan yang aku ada, aku lagi selesa dengan dia. aku sendiri tak tahu kenapa. kitorang selesa kongsi masalah kitorang. kitorang tak borak hari2, even tak pernah mesej atau call pun. walaupun masing2 dah jauh, tapi dia still ingat aku and aku still ingat dia. 

kawan ada macam2 ragam. ada macam2 perangai. tapi itu lah kawan. bila masing2 lain perangai, lagi indah kenangan tu sebenarnya. kalau kawan tu perangai sama je semua, boring jugak kan? so, let's make more friends and be friendly to other. ;)

SAHABAT: there two types of best friends :-

                Number 1- the best friend who you're real close to. you see                                    them at least twice a week, maybe more. you                                        talk a lot and catch up on everything.

                Number 2- the best friend you don't talk to as often, but                                        deep down, you'll always know that they're your                                    best friend. they understand you, although they                                    barely see you. 

think about it. :)

p/s: kepada semua kawan2 aku, geng2 5ibr, geng cfs, geng2 stemza, geng2 yang seangkatan dengannya, kawan2 fb, kawan2 twitter, terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku. terima kasih tak tehingga aku ucapkan. harap kita still kawan sampai bila2 even kita jarang jumpa. untuk sahabat aku, kau lah yang terbaik yang pernah aku jumpa. please, stay by my side always. without u, i never know who i am. lots of love. <3

Wallahualam.

2/10/2014

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Assalamualaikum,




 

Masa tengah ber-blogwalking, aku ada jumpa segmen ni. seriously, first time aku jumpa blogger buat segmen ni. tapi, memang terbaik ah. segmen ni berjaya menarik dan menggoda aku untuk turut serta. hikhik. 

segmen ni dianjurkan oleh http://lorong-cinta.blogspot.com/ 

so, kepada korang yang baca entry aku ni, tayah buat-buat tak tau. tugas korang bukak link kat atas tu, then follow je step dia. simple kan? selamat mencuba!

*abaikan tarikh kt gambar tu ek? sbb tarikh segmen ni dilanjutkan sampai 28 Februari 2014.

Wallahualam.

2/09/2014

Aku adalah Aku

Assalamualaikum.

Malam ni aku terpanggil nak tulis something yang sebenarnya dah lama menganggu fikiran dan perasaan aku selama aku buat blog. actually ramai yang kutuk aku sebab aku buat blog macam blogger terkenal lain. ada yang cakap aku tiru sebijik-sebijik macam blog orang lain. ramai lah yang kutuk aku. macam-macam ayat kutukan yang aku dapat. 

sedih? tipu lah kalo aku cakap tak sedih. kadang benda ni buat aku stress. aku dah lah banyak kerja dengan ED lagi, GC lagi, Arab lagi, Math lagi, and banyak lagi lah. tapi bila kena hentam camni sape tak sedih kan? sape tak stress? 

aku buat blog sebab ni tempat aku nak luahkan perasaan bila aku tak de tempat nak mengadu. walaupun blog tak leh selesaikn masalah aku, at least aku akan rasa beban tu ringan bila menaip. aku tak pernah berniat nak buat blog konon nak suruh orang baca. semata-mata nak femes. aku tau, mungkin ada yang terkejut sebab tak sangka yang aku buat blog dengan gaya ayat yang diorang tak pernah diorang sangka. okay, ayat keling. 

aku bukan nak bukak aib orang dengan cerita-cerita macam ni. tapi macam yang aku buat sekarang ni, aku menaip sebab nak luahkan perasaan aku je. aku tak de suruh orang baca. tapi bagi yang baca tu, aku ucapkan terima kasih. yang bagi sokongan pun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.

aku adalah aku. ni gaya aku. aku tak pernah tiru/ciplak blog orang lain. masing-masing ada gaya/personaliti diorang sendiri. aku ikut gaya aku. diorang ikut gaya diorang. 

satu lagi, blog aku simple je. tak de icon-icon yang best pun. background music pun tak de. tak cantik macam blog orang lain. sebab niat aku just untuk aku tulis something yang aku tak boleh luahkan kat orang lain. just untuk aku. 

cita-cita aku bukan untuk jadi blogger. bukan untuk femes. aku tak pernah berangan pun untuk jadi blogger yang terkenal macam Aizat Abdullah atau Akbar Azman atau Namee Roslan yang ada beribu-ribu follower kat Facebook, Twitter, Instagram atau Keek. macam yang aku cakap tadi. aku tulis dari hati aku. 

ada jugak yang tuduh aku cakap semua entry aku tu rekaan semata-mata. okay, korang tak kenal aku. korang boleh je cakap apa-apa. bagi yang kenal aku, that's me! honestly, semua entry blog adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. 

mungkin ada yang cakap ni sebab ingat aku nak mintak simpati. jujur dari hati aku yang paling dalam sudutnya, aku tak pernah ada niat sebegitu rupa. seriously, aku rasa nak nangis. tapi apa yang aku mampu buat? nak luahkan? sape yang nak dengar? ada ke yang nak dengar? sebab tu aku buat blog. supaya aku ada tempat nak mengadu, bercerita. even blog tak leh bercakap, tapi aku lagi selesa bercakap dengan benda yang tak boleh bercakap sebab benda-benda camni dia tak de respon. so, aku nak marah camne pun benda ni tak peduli pun. daripada aku bercakap dengan orang yang hanya tau kutuk, mengata. 

tak de manusia yang sempurna kan? aku tak sempurna. korang yang mengutuk aku pun tak sempurna. so, take note!

Wallahualam.

2/08/2014

Dah 19, Stress & Give Up(Migrain)

Assalamualaikum,

Lamanya rasa tak update blog. huhu. bajet macam ada orang baca kan? lately ni aku busy sikit la. dengan projek, assignment yg tak pernah-pernah nak siap. entry kali ni aku nak throwback cerita minggu-minggu lepas. harap korang enjoy la baca ye. bagi sesape yang baca lah.

Dah 19 laa wei..
30 Januari yang lalu merupakan tarikh yang kira-kira bermakna laa bagi aku. sebab pada hari tu aku akan terima banyak wish, dan hadiah. hehe. chetss, x bersyukur. 

alhamdulillah, aku bersyukur sebab aku masih lagi diberi keizinan oleh-Nya untuk bernafas di muka bumi yang serba hijau dan aman. bahasa Melayu sangat kan.

aku still tak percaya yang aku dah 19. aku still rasa yang aku ni budak 18 tahun yang tak pernah matang, tak pernah nak dengar cakap mak ayah, yang selalu buat keputusan sendiri, yang selalu gaduh dengan adik2 sampai diorang nangis. jahat en aku. 

aku dulu seorang yang sangat annoying. even mak aku sendiri pernah cakap, kenapa dia lahirkan aku. tapi biasanya mak tak pernah maksudkan pun kan. tapi dulu aku memang jahil. bila aku dapat tawaran masuk CFS, aku cuba ubah pelan2. aku ubah perangai aku, percakapan aku dan gaya aku. 

sekarang dah 3 sem aku kat CFS. banyak benda yang aku lalui, yang aku tahu, yang aku tak pernah sedar akan kewujudan sesuatu benda tu. kat CFS jugak lah aku melalui proses kematangan sebab first time aku tinggal kat hostel. alhamdulillah, aku berjaya.

19 tahun aku hidup, aku berpeluang untuk merasai pelbagai pengalaman. aku di beri peluang untuk mencintai dan dicintai. aku diberi peluang untuk mengerti erti kehidupan. sumpah ayat skema. selama 19 tahun jugak lah aku berpeluang mengenali erti persahabatan. macam-macam kawan aku jumpa. macam-macam perangai. bak kata peribahasa, lain udang lain garam, lain orang lain ragam. ha, amek kau, nak peribahasa sangat.

apa yang aku harap dalam usia 19 tahun aku ni? aku rasa berat nak tinggalkan angka 18 tu. cam bajet je aku kan? baru naik satu angka. lantak korang ah nak pikir ape pun, tapi bagi aku memang berat. sebab semakin meningkat umur kita, semakin kita kena jadi matang. tapi aku tak nak. aku still nak jadi budak yang tak matang, yang boleh berperangai macam budak2. aku boleh je cakap umur 19 pun boleh berperangai camtu, tapi agak-agak lah weyhh, tak ke jatuh imej aku nanti bila orang nampak aku berkelakuan seperti itu? apekahh? kalau 18 tu mungkin orang akan cakap, 'oh, biasa lah budak baru nak matang.' so bila orang dah cakap camtu, takkan lah umur 19 still lagi nak buat semua tu? memang tak ah kan. 

aku still nak jadi anak yang solehah untuk mama dengan abah, yang seboleh-bolehnya nak parents aku sentiasa tersenyum, yang boleh hadiahkan sinaran untuk diorang kat akhirat nanti. insyaAllah. Amiin.

thank u so much pada yang wish birthday aku.  chom, siap bagi hadiah lagi tu, so shuwiit lah kau, elin, najat, teh, budak2 stemza, jannah, neelam, hanisah, jia, amin, bob, and buat semua yang tak pernah lupa birthday aku. nak sebut semua aku rasa memang tak muat lah. terima kasih sekali lagi bagi yang mendoakan aku. aku jugak mendoakan semoga korang sentiasa panjang umur and sentiasa dimurahkan rezeki. may Allah bless all of u. ameen. 

Stress & Give Up(Migrain)

lately ni aku sering stress. kadang tu rasa nak give up. bila aku stress, datin migrain mesti akan datang melawat aku. waktu tu kau tak yah cakap la bila dia datang sakit tu, cuma Allah je yang tau. rasa sakit dia tu mencucuk-cucuk kepala aku. apa yang aku mampu waktu tu cuma baring and tidur. walaupun kau tidur lena sekalipun, sakit tu tetap takkan hilang. 

setiap kali aku stress, setiap kali tu rasa nak give up. time tu jugak lah datang macam2 perasaan, fikiran2 yang negatif. yang semuanya melemahkan lagi semangat aku untuk belajar. even semua cakap 'be strong, sabarlah, kau kan kuat, kau boleh buat.' tapi tak semua dapat rasa apa yang aku rasa time tu. tak semua boleh faham. tak semua akan lalui benda yang aku lalui sekarang ni. 

kat CFS, walaupun aku ada kawan2 yang aku boleh bercerita, bercakap, meluahkan, tapi tak sama bila kita bercerita, bercakap and luahkan segala kat ibu kita. walaupun kau boleh cakap ape yang mak kita bagitau tu lebih kurang sama je bila kita dengan kawan kita, tapi perasaan tu lain. kita akan rasa lebih tenang. aku ni bukanlah anak manja mak, tapi aku still akan menangis bila bercakap dengan mak aku. lebih2 lagi bila aku dah berjauhan camni. walaupun boleh dikatakan hari-hari aku call mak aku, tapi aku tetap akan menangis bila dengar suara dia.

mak aku ni dulu kaunselor, so dia selalu lah bagi kaunseling kau orang lain. jujur aku cakap, aku lebih suka bercakap dengan mak aku. even aku ada kawan2 yang sekepala dengan aku. mak aku suka beri nasihat. nasihat tu pulak berdasarkan pengalaman dia sendiri. so, bila aku cerita masalah aku kat dia, kau jangan cakap lah air mata aku mengalir laju camne. laju dia tu kalah air terjun niagara. satu lagi masalah aku ni, bila bercakap time menangis, memang harapan lah kau nak dengar suara aku. 

aku selalu dengar kata2 motivasi, kata2 yang boleh naikkan balik semangat aku, tapi time tu je aku bersemangat, bermotivasi, lepas tu jadi balik. ramai yang cakap aku kena konsisten, ye, aku cuba. tapi bila migrain datang, serta merta semangat aku down! macam kena hempap batu besar. 

satu lagi problem aku ni, aku susah tidur malam. kalau aku tidur awal sekalipun, aku still akan terbangun kul 1-2 pagi. lepas tu, bila nak lelap balik, memang hampeh lah jawapan dia. pastu bila aku tak tidur, esok nya mesti ada yang aku ponteng kelas. sebab apa? sebab migrain lah. dalam minggu ni je aku pergi kelas dua kali je. means, yang selebih nya tu aku ponteng. teruk kan? tapi kau tak tahu sakit dia camne. boleh je time tu aku amek kapak, kapak kepala aku sendiri. tapi aku tak nak lah mati awal. iman aku pun kurang, amal pun tak cukup, camne nak masuk syurga? mintak jauh dari neraka.

pape pun, aku rasa dah banyak sangat aku mengarut. k lah, papai! 

Wallahualam.

1/24/2014

Aku & Dia

Assalamualaikum.

seram tak seram tetiba aku rasa nak buat entry baru pepagi buta ni . tak lawak . so , how are u my belogggg ? miss u so much . chett , baru update entry semalam nk rindu bagai . okay , tujuan aku buat entry baru ni sebab entah kenapa aku tetiba je teringat kat dia . sape dia tu ? biarlah rahsia . 

perkenalan antara aku dengan si dia ni dah masuk 2 taon . dalam 2 taon ni macam-macam jadik kat kami . gaduh , menangis , ketawa , buli orang and so on . yelah , kawan kan memang lah ada kenangan . tu mesti ada yang pikir bukan-bukan . pikir lah , aku sumbat mashmallow dlm mulut korang , kan tak pepasal masuk icu . aku dengan dia ni kawan je . tapi tipu lah kan kalo kawan tak de feeling kat kawan sendiri kan ? sape yang menafikan tu , ko dibuang negeri . chett , over je . memang betul aku ada feeling kat kawan aku sendiri . tapi aku tak lah cakap depan dia . malu . so ,  aku pendam je perasaan tu sampai sekarang . 

aku sendiri tak tau kenapa aku suka dia . dia tak lah hensem sangat . muka pun macam tapak kuali rumah aku je . dia tu dah lah kurus macam ikan masin yang di belah dua , body lak jauh panggang dari api dengan hero aku , JongKook . huhuhu . nak kata dia ni baik , dia ni lagi jahat dari mafia . tapi mungkin sebab caring dia kat aku kot . kot lah . dalam jahat dia tu , dalam pada dia duk kutuk-kutuk aku tu , dalam pada dia duk asyik malu kan aku , ada lah seposen baik dia tu . dia baik sebab caring pasal aku . dia selalu tanya pasal aku . hari-hari mesej aku walaupun aku tak pernah balas mesej dia . tapi aku tak tahu lah kalo ada meatball di sebalik spageti dalam pada duk baik and caring dengan aku tiap-tiap hari . dia tu bukan lah boleh percaya sangat . 

mesti korg ingat aku ni teruk kan sebab asyik kutuk je dia . bukan saje nak kutuk , tapi tu lah kenyataan . tak kan ada hari yang dia tak sakit kan hati aku . walaupun just sekadar gurauan , tapi kalo dah sampai menyentap perasaan tu , memang makan kaki lah . tapi yang aku heran kan , bila dia kutuk aku then aku tersentap , pandai lak dia pujuk aku . tau pulak dia bila aku tersentap . tapi kan , hish banyak lak tapi ni , kenapa ek aku boleh jatuh suka kat orang macam dia ? tapi seriously , bila dia cerita kat aku pasal perempuan lain , aku jadi cemburu . aku tak tau kenapa . kadang tu aku rasa macam orang bodoh je sebab boleh ada perasaan macam tu kat dia . 

sebelum masuk CFS untuk sem 3 ,  masuk 2 tahun usia perkenalan kitorg . so , kitorg celebrate lah . celebrate dalam phone je sebab aku tak leh kuar . dia cakap ada hadiah nak bagi kat aku . katanya big surprise untuk aku . aku pulak time tu rasa macam tak sedap hati . ye lah , sebab dia kan selalu kenakan aku , so logik lah kalo dia nak kena kan aku lagi . so , kitorg janji nak jumpa kat bandar . 

story dipercepatkan ...

dalam pukul 2:30 pm camtu , kitorg jumpa kat tasik . huish , memang big surprise betol yang dia bawak . ce korg teka apa big surprise yang dia bawak jumpa aku ? yang betul tu , nanti aku belanja korg mashmallow seposen dua . yang salah tu , teka lagi sampai betul . selalu nya hadiah-hadiah yang dia bagi , aku happy . tapi 'hadiah' ni lain sikit , aku tak tau apa yang aku rasa time tu . happy ? boleh lah sebagai kawan , tumpang happy untuk dia ? sedih ? tipu lah kalo cakap tak sedih . kita suka dia , dia lak buat kita camtu . terkejut ? ofkos! terkejut sangat-sangat sampai rasa nak bunuh je dia time tu . macam-macam aku rasa . and yes , I'M JEALOUS! 

okay , dah lah teka . cian korg penat teka . meh aku bagi jawapan . big surprise yang dia bagi kat aku tuh kan , sebenar nye kan , kan , kan , dia bawak makwe dia jumpa aku. and makwe dia lak , someone yang aku kenal masa time-time aku jahil dulu . kalo korg lah kat tempat aku kan , apa korg rasa ? kalo ko tanya aku , aku nak tikam dia , then bagi makan kat ikan piranha . time tu aku rasa benci sangat tengok perempuan tu . tapi apa aku boleh buat kalo itu dah jodoh diorg kan ? aku lak ? makan hati berulam tempe je lah . 

lepas jumpa , makan , and borak-borak dengan diorg , aku pun mintak izin nak balik sebab ada kerja . padahal hati tengah sakit tengok aksi-aksi manja diorg . jeles k jeles . sampai rumah je terus masuk bilik then nangis sekuat-kuat hati sambil tekup muka dengan bantal . yelah , orang yang selama ni caring , baik and selalu bagi harapan kat kita , yang selalu cakap dia sayang kita , tetibe je dia buat camni , aku boleh buat apa ? sedih tu memang sedih . tapi takkan lah aku nak bunuh diri pulak kan ? jahil-jahil aku pun , aku still ingat agama . so , malam tu aku duk memerap dalam bilik tak kuar makan . chett , padahal dah melantak kat mcD sensorg . over je lelebih . 

so , sampai sekarang aku still pendam perasaan tu sensorg . walaupun hari-hari dia cerita pasal makwe dia , aku still senyum walaupun dalam hati tu cuma aku je yang tahu . aku still happy untuk dia . aku cuma boleh doakan dia semoga dia bahagia dengan orang tersayang . 

pergghh , macam drama je kan ? tapi tu lah hakikat dan kebenarannya . kalo boleh aku tak nak ingat benda tu sume , tapi bila dia mintak tolong settlekan masalah diorg , tak kan lah aku nak duk diam je . dia pun dah banyak tolong aku settle kan masalah aku , kan tak tolong kan cakap tak kenang budi lah , derhaka lah , aku jugak yang salah . sampai sekarang jugak lah aku still simpan perasaan tu . korg yang tahu pasal ni buat-buat senyap je lah . kalo korg kepoh-kepoh kan , siap! aku tanak sebab benda kecik ni aku dengan dia putus kawan . pape pun dia tetap kawan terbaik aku . 

tetibe lak mengidam.. 

Wallahualam.

1/23/2014

AED dan Aku

Assalamualaikum,

sem 3 dh start . means subjek-subjek utk sem ni agak mencabar laa . means dh nak hampir setahun aku kat CFS . ayat nk over je kan . tak de laa mencabar sgt , tp bagi aku yang sememangnya dah lembap ni , korang paham-paham laa sendiri . bajet orang paham . untuk sem ni aku amek 5 subjek je sbb lg 5 subjek tuh aku x larat nk amek sume subjek dalam satu sem . ko bayangkan laa , 10 subjek utk satu sem 3 . mmg x ah aku amek sume subjek tu . aku ni dah laa migrain , kang pengsan x pasal-pasal . 

dulu kan , aku selalu berangan nak jadi arkitek . kononnya . lepas spm aku dapat course Architecture and Environmental Design(AED) . class kau jah . mase aku dapat tu kn ,  aku happy sesangat . ye lah , bab kata orang tetua , impian menjadi kenyataan . bila orang tetua cakap cmtu pun aku tak tahu betul ke tak . tapi kan , seriously aku rasa macam tak percaya je . parents aku lagi lah . lepas tu aku dah start berangan dah . lepas habis foundation , aku nak sambung degree , lepas tu nak sambung master , then PHD . angan-angan kak ton je lah kau . tapi bila dah masuk then belajar subjek-subjek AED tu kan , aku rasa macam time tu jugak nk terjun dari tingkap studio . over sangat . first time belajar tu mmg lah nampak macam senang sbb buat lines and lettering je . kalo tak tahu lines and lettering ,  gi bukak google sekarang . first-first tu rasa seronok lah , sebab tulis abc balik . macam masuk tadika balik je kan . bila dah masuk second and so on tu , aku rasa macam down je . fuh , ayat mintak kaki je kan . untuk adik-adik yang rasa-rasa nak amek course ni , pikir lah 50-60 kali . kalo tak , ko menyesal dik . ayat tak de motivasi langsung . ni akak kao nak bagi nasihat sikit ni , nak amek course ni kena ada kesabaran tinggi tau , sebab dia punya susah kan macam nak baling je tools kat laut then tikam ikan bilis dengan set compasses . cehs , ayat macam nak mintak penumbuk sorang satu . over je lelebih . 

first sem tu aku dah rasa sangat-sangat terseksa . mana tak seksanya , bila life aku 100% bertukar . dengan tak tidurnya , dengan tak makannya , dengan tak mandinya sebab mengadap benda tu je 24 jam 7 hari . sumpah aku tipu . aku tak de lah sampai camtu sekali . tidur still tidur , gila ko tak tidur . nak mati cepat boleh laa buat . makan tu mmg lebih dari yang sepatutnya , tak pernah kurang sebab aku ni memang hantu makan . kerja aku nak makan je . mandi lak memang konfem-konfem aku mandi . nak jadi kambing ? tak nak aku . nanti tak de orang nak kawan dengan aku . aku memang suka mandi . bila mandi tak leh kejap-kejap , x puas kata orang . sape orang tu pepandai lah ko tafsir sendiri . aku mandi memang lama . kalo bangun pukul 6.30 , pukul 7.25 baru siap mandi . apa kejadah anak dara mandi lelama kn ? tapi seriously , kalo mandi 10-15 minit , aku rasa macam aku tak mandi je . kalo boleh kan bila aku dah masuk mandi tu , aku tak nak kuar . kalo weekend tu kn , ko tayah tanya la berapa lama aku kat dalam , boleh je aku buat tempat tinggal kat situ . tak senonoh kan aku ? okay , buang aku dari list calon isteri korang . lepas ni boleh lah dapat award 'TEMPOH MANDI PALING LAMA' . *applause* . mohon tampar aku lelaju . buat semak je .

tapi dalam pada tak best nya , yang best tu tetap ada . ko tanya lah abang akak ko mase diorg study dulu cemane . kalo diorg cakap tak best , ko bunuh je diorg dengan tampar diorang pakai kertas A4 yg ko lipat segi empat . okay , tak lawak . back to the story . yang best amek course ni korg boleh berbangga dengan kawan-kawan korg . nak tau sebab apa ? bila diorg tanya , 
mat: wei ko amek course apa?
ko: architecture .
mat: wow! bakal arkitek la ni?
ko: *bangga*
mat: lepas ni boleh la ko bina rumah aku kn?
ko:boleh je . 

betul tak ? mesti korg bangga punya . mesti hidung korg kembang tak kempis-kempis sebab bangga sangat . tapi seksanya korg je lah yang tanggung sendiri . pape pun , sesape yang amek course ni atau yg berkaitan dengannya , kita geng . *high five* 
yang bakal nak amek tu , good luck ! sebenarnya kan, subjek AED ni tak de lah susah bagi yang betul-betul minat . boleh je score. boleh je dapat pointer 3.8 ke atas . aku cakap mencabar and kena ada kesabaran yg tinggi tu sebab dia punya tools tu gila bapak mahal . sabar je lah bila tengok harga tiap barang tu . tak de rm500 dalam purse or wallet , kau tengok pejam celik je lah . okay , tu tipu . tools dia mmg mahal , tapi kalo ko tu penyabar , boleh je beli sikit-sikit . aku ni jenis yang kalo beli satu-satu alat, kena beli satu set terus . malas nk ulang alik sebab nak beli menatang tu . 

tujuan masuk gambar ni? aku lapar sebab penat cari idea nak update blog . kay , xde kena mengena .


Wallahualam.

1/16/2014

14 days to go through

Assalamualaikum.

Yeah, 14 days to go through.. before i turn to 19.. huhu.. kerek je kn? beza taon ni, family xde kt sebelah.. *sedut hingus* teringat family, ni rasa nk nangis ni.. huwaaa... 

x caye rasanya dh nak masuk 19.. aku still rasa yg aku ni bebudak lg.. budak yg x dgr ckp mak bapak.. budak yg x prnh nk matang.. budak yg ego dia lg tinggi dari kepala.. rasa sedih lak nak tinggalkan angka 18 ni.. so, dgn berbakinya lg 14 hari, boleh laa aku menggila jp dgn perangai aku yg x prnhnya nak matang.. hehehe.. 

waiting....... 

wallahualam.

Bye Nur Fatiha Enani Mohd Razak @ Jia

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku tulis khusus utk Nur Fatiha Enani Mohd Razak.. yang sekarang mungkin berada di dalam flight menuju ke France.. Semoga selamat sampai ke destinasi..

Jia, thanks sbb sudi bersama aku di waktu susah dan senang.. Jia, kita dah bersama sejak darjah 4, sejak kau pindah terengganu, sejak kau ckp kau lagi suka terengganu dari negeri kau sendiri.. sejak kau ajak aku mkn bekal yg selalu mummy kau bekalkan utk kau.. sejak kau ckp kau nak aku jd bff kau till jannah.. sejak kau ckp kau anggap aku sebagai kakak kau.. tp kan Jia, waktu tu kita baru 10 taon, ape laa sgt yg kita taw psl friendship.. tp, kau cpt matang.. kau laa yg selalu lead aku dlm buat kptsn.. sampai kn aku rasa kau laa kakak aku.. 

Jia, sekarang kau dah 19 taon, aku baru nk masuk 19.. aku tak tau laa kau kira ke tak, kita dah kawan hampir 10 taon.. kau ingat tak Jia, waktu first time kau masuk kelas 4 Marikh.. bila cikgu Rahman suruh kau introduce diri kau, kau senyap je.. kitorang ingat kau bisu, sbb kau tanak cakap sampaikn cikgu Rahman tlg introduce kn kau kt kitorang.. kau ingat lagi x Jia, seminggu kau dipulaukn dari kitorang.. seminggu kau duk sorg2.. seminggu gak laa kitorg x pedulikn kau.. tp kan Jia, aku kesian sgt tgk kau.. aku nk tegur kau, tp aku tak tau bahasa isyarat.. then, satu ary tu kau tegur aku.. kau ingat tak riak muka aku waktu tu? kau gelakkan aku.. waktu tu baru laa aku tau yg sbnrnye kau x bisu pun tp kau takut nk ckp sbb loghat utara kau pekat sgt.. kau takut org x phm.. start dari situ kau pelan2 bljr loghat terengganu.. x smpai 2 bulan, kau dh boleh ckp loghat terengganu.. kau pulak ajar aku longhat utara.. tp sbb susah sgt nk sebut, aku give up.. then, kau ajar aku ckp KL.. sejak tu, kau dgn aku jadi rapat.. mana2 kita pergi, kita berdua je..

Jia, kau ingat Bob? Alaa, yg selalu buli kau waktu kita darjah 6.. x sangka kn, korang asyik gaduh je 24 jam, akhirnya skrg ni korg bersama.. dah tunang pun.. Jia, kau selalu marah aku sbb aku biarkan je Bob buli kau.. tp kau tak tau Jia, Bob bagitau aku yg dia sukakan kau.. dia suka tgk muka kau time kau marah.. dia ckp cute sgt.. Jia, aku happy tgk kau skrg bahagia dgn Bob.. korg sweet sgt.. dari form 1 smpai skrg, Bob setia ngn kau.. tp walaupun kau dh ada Bob, kau x lupa aku.. kalau kau nak date, kau ajak aku.. tp yg sedihnya, bila kau jumpa Bob, kau terus lupakan aku.. tp aku fhm, org tgh bercinta mmg cmtu.. Jia, aku ingat lagi Bob prnh jnji depan aku ngn kau yg dia nk jaga kau smpai akhir hayat dia.. time tu kau gelak, sbb kau ingat dia main2.. bila dia cakap dia serius, kau menangis.. sbb apa kau nangis aku tak tau.. aku buat conclusion sendiri; mgkin kau tersentuh dgn apa yg dia buat.. sampai skrg kau x prnh bagitau aku.. tp aku x kisah.. sbb tu privasi kau.. 

Jia, sekarang kau dah besar.. dah boleh jadi mak org dh pun.. haha.. mengarut je aku en? Jia, time aku tulis entry ni kn sbnrnye aku tgh nangis.. x malu kn besar2 nangis lagi.. tp serius, aku x tipu.. aku nangis sbb aku sedih.. sedih sbb akhirnya kau tinggalkan aku jgk.. aku sedih sbb aku dpt tau yg kau pergi France dari Min, bukan dari mulut kau sendiri.. tp aku x kisah.. kau ada sbb knpe kau tanak gtaw aku.. aku nangis sbb aku happy kau dah berjaya capai impian kau.. lepas ni aku tak leh panggil kau Jia lagi dah.. aku kena panggil Dr. Nur Fatiha Enani.. hehe.. Jia, aku happy utk kau.. walaupun aku tak dapat smbung bljr overseas, tp duk kat CFS ni pun dh rasa mcm duk overseas.. hahaha.. Kau untung sgt2.. Allah makbulkan doa kau.. Alhamdulillah, rezeki kau.. aku x prnh menyesal.. Allah dh takdirkan aku utk berada kt Malaysia je.. mcm yg kau selalu pesan kat aku, belajar kt mana2 pun sama je, asalkan niat tu untuk belajar tu kerana Lillahi Taala.. aku igt pesan kau.. 

Jia, bila kau baca entry ni kn mesti kau fikir; mcm laa kau ni dh nk mati..
sbnrnye kan Jia, aku takut.. aku takut kau x balik2.. aku takut kau betul2 tinggalkan aku.. yelaa, walaupun kau dah janji ngn aku mcm2, tp aku tetap rasa takut.. aku cuba fikir positif.. tp kn Jia, yg negatif tu tetap ada.. kau jgn risau, aku sentiasa berdoa semoga kau selamat sampai n selamat pulang.. aku mesti rindukan kau nanti.. Jia, kalau kau rindu aku, kau dengar lagu kita tau.. skrg ni pun aku tgh dgr lagu tu.. jgn lupa dgr tau.. aku syg kau sgt2.. *hugs* 

Nur Fatiha Enani Mohd Razak, thanks a lot for being my bff.. take care.. jgn lupa solat.. aku sentiasa mendoakan kau.. sorry sbb x smpt buat farewell party utk kau.. sorry jgk sbb x pergi birthday party kau.. sorry sgt2.. *lap airmata ngn hingus*

Bye Jia.. *lambai tangan*

                                                                                                                          Bubble Love..

Wallahualam.

1/06/2014

Kenapa Kita Diuji?

Assalamualaikum.

Ptg tadi mase tgh duk relax2, aku ada baca satu majalah ni. Majalah Iman. Memang best gile2 majalah ni. menangis aku time baca majalah ni. tgh2 baca tu aku tertarik ngn satu artikel ni. artikel ni tajuk nya Kenapa kita diuji? . persoalan yg selama ni duk bermain dlm benak otak aku ni akhirnya terjawab. moh kita baca. aku copy and paste je.


Ujian datang dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Ujian tidak mengenal pangkat dan kedudukan. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, orang miskin pula diuji dengan kemiskinannya. Orang yang kuat amal ibadahnya juga tidak terlepas daripada ditimpa ujian. 

Ada yang sebelumnya kaya raya, secara tiba-tiba ditimpa oleh musibah sehingga jatuh miskin. Ada pula yang sihat tubuh badan, tiba-tiba jatuh sakit sehingga menderita. Suka atau tidak ujian pasti akan hadir. Hanya orang yang memiliki sifat sabar di dalam hati mampu berdepan ujian dan musibah sebegini. Bagi yang tiada sifat sabar pasti akan kecundang.

Perjalanan hidup kita tidak sama dengan orang lain. Ada orang yang mampu bertahan dan bersabar ketika menghadapi kesusahan, tetapi jatuh tersungkur apabila diuji dengan kesenangan. Ada juga yang kuat melakukan amal ibadat tetapi hilang punca ketuka diuji dengan musibah.

Ketika menerima ujian, sering kita tertanya-tanya, mengapa Allah SWT menimpakan ujian yang sebegitu kepada kita. Percayalah! Allah SWT itu lebih mengetahui mengapa kita diuji sedemikian rupa. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan, kesenangan, musibah atau kesakitan. Setiap orang akan diuji mengikut kemampuan diri mereka.

Hakikatnya, hidup manusia tidak akan pernah sunyi daripada menghadapi ujian. Dunia otu sendiri merupakan medan ujian kepada manusia. Sebagai orang yang beriman dan mempercayai qadak dan qadar Allah, pastinya akan menerima setiap ujian ini dengan redha dan yakin bahawa segala ujian yang menimpa bukanlah perkara sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah: 153 yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. 
From: Ust. Muhammad Kazim Elias al-Hafiz

Wallahualam. 

1/04/2014

Tip Nak Jimat Petrol

Assalamualaikum,

Baru-baru ni harga petrol naik . ramai yang merungut kos minyak pergi balik kerja meningkat . jadi , aku nak bagi beberapa tip cara jimatkan minyak kenderaan korang . tapi, cara ni sesuai untuk penunggang motosikal je . hehe .


  • First tip ni aku rasa korang dah selalu dengar . bila korang turun bukit matikan enjin motor . nak lagi best , baring macam Superman . encik polis pun takkan saman korang punya .
  • Bila naik bukit lak ,  pastikan kat sekeliling korang tu ada lori atau pape kenderaan yang korang bley pegang bumpernya . sebab bila korang pegang bumper lori atau pape kenderaan , memang jimat sebab tak payah pulas minyak dah . 
  • Yang ni penting ! jangan brek masa ambil selekoh . main brek ni cepat habiskan minyak . cukup sekadar mengucap dua kalimah syahadah . ingat , mengucap dulu sebelum ambil selekoh tau!
  • Next , cuba berlakon motor rosak tepi jalan . lepas tu minta penunggang motor lain tolak motor korang sampai ke destinasi . lagi jimat kn ? tayah start enjin pun .
  • Sebelum korang nak naik motor korang , pastikan korang dah masuk tandas sebelum tu . kenapa ? ye lah , buang laa dulu segala bahan kumbahan dalam badan korang tuh , baru ringan sikit motor tu . bila ringan, tayah pulas minyak bnyk2 . jimat .
  • Akhir sekali, bawak motor dalam jarak satu kilometer . lps tu ,  matikan enjin motor then turun dari motor . korang tolak motor tuh dalam jarak dua atau tiga kilometer . lepas tu , hidupkan balik motor then bawak laa dalam satu kilometer . Alah , korang repeat je cara ni sampai korang tiba kat destinasi korang . Aku siap boleh jamin lagi , bukan minyak motor korang je jimat , korang pun memang dh konfem2 cepat slim . hehe .
So, kalau nak jimat minyak , prektis2kn laa tip kt atas tu ye . mmg dh konfem jimat punya . duit pun save . hehehe .

Wallahualam.

Bertuahkah Kita?

Assalamualaikum,

Bertuahnya kita kerana masih punya ibu dan bapa . Boleh berdampingan dan berkasih sayang dengan mereka . TAPI , bertuahkah kita bila kesedaran itu hanya datang bila mereka sudah tiada?

Bertuahnya kita, selepas setahun berkahwin dikurniakan anak yang comel . TAPI , bertuahkah kita bila anak yang comel itu tidak dididik sebaik mungkin dan mereka membesar menjadi penagih, perompak atau pengkhianat bangsa dan negara ?

Bertuahnya kita apabila bangun daripada tidur , kita masih bernafas seperti biasa . TAPI , bertuahkah kita bila nyawa yang dikurniakan itu tidak digunakan sebaik mungkin , sebaliknya hanya dihabiskan untuk perkara sia-sia ?

Bertuahnya kita apabila tamat belajar dapat kerja bagus , gaji besar dan hidup dalam kesenangan . TAPI bertuahkah kita bila kesenangan itu menjadikan kita sombong , bongkak , dan melupakan mereka yang susah ?

Bertuahnya kita apabila punya jam tangan Rolex , kasut Jimmy Choo , baju Marc Jacobs , beg tangan Luois Vuitton yang harganya ribuan ringgit . TAPI , bertuahkah kita bila semua itu diperoleh dengan berhutang ?

Kita sebenarnya insan bertuah di atas muka bumi ini . Tuah juga sentiasa menyebelahi kita . TAPI , adakah kita tergolong sebagai insan bertuah yang menggunakan tuah itu sebaik mungkin ?

Wallahualam.

Biarlah saya jadi ketua!

Assalamualaikum,

Lokman dan gurunya, Tok Bentara mahu keluar bermusafir. Tok Bentara berkata,

" Sebelum kita keluar bermusafir, salah seorang daripada kita perlu menjadi ketua."

"Sudah tentu saya melantik Tok Bentara sebagai ketua dalam perjalanan kita,"

Kata Lokman dengan merendah diri. Tok Bentara bersetuju. Lalu bermulalah musafir mereka.

Sedang dalam perjalanan , hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan pula mereka hanya membawa sekaki payung yang cukup memuatkan seorang sahaja.

Tapi Tok Bentara segera memayungi anak muridnya dan membiarkan dirinya basah ditimpa hujan.

Lokman : Biarlah saya saja yang memayungi Tok Bentara!

Tok Bentara : Tugas seorang ketua adalah melindungi pengikutnya agar sentiasa dalam keadaan baik. oleh itu, sayalah yang patut memayungi kamu!

Lokman : Jika begitu, biarlah saya yang menjadi ketua agar saya boleh berkhidmat untuk guru saya.

Tok Bentara : Silakan!

Sewaktu mereka berhenti berehat, Tok Bentara menghilangkan dirinya. Lokman menunggu sehingga gurunya pulang dengan seberkas kayu untuk dijadikan kayu api.

Lokman : Mengapa guru tidak menyuruh saya sahaja pergi mencari kayu api? Bukankah saya ketua dan perlu melindungi guru yang menjadi pengikut saya?

Tok Bentara : (Sambil ketawa) Adalah tidak masuk akal seorang pengikut mengarah ketuanya melakukan kerja.

Setelah musafir mereka selesai, Tok Bentara bertanya kepada Lokman.

Tok Bentara : Apa yang telah kamu pelajari sepanjang musafir kita?

Lokman : (Sambil senyum) Saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang ketua dan seorang pengikut yang baik!

Wallahualam.

1/01/2014

Say Bye to 2013, Shout Out Hye to 2014!

Assalamualaikum,

Wah, lama dah rasa tak menaip . al maklum laa busy exam . okay, semester 2 dah habes . alhamdulillah . sekarang tengah cuti sem . minggu depan start sem 3 . sebulan tak balik rumah . apa khabar rumah sekarang yek ? baik laa hendaknye ye .

time aku tgh menaip ni jam dah 1.46 a.m. on 1/1/2014 . woohoo , dah masuk taon baru . Happy New Year 2014 ! tak sangka lak aku cepatnya masa berlalu . aku tak terasa pun 2013 dah berakhir . semua orang pakat duk wish happy new year, happy je nampak diorang wish kat semua orang . ekceli, ni first time aku start taon baru tanpa family di sisi . wuuu, sedih woo . . tp aku tak kisah, aku kena biasakan diri , betul tak ? anak mak kan .

2013..
banyak kenangan pahit dan manis sepanjang taon lepas . kenangan yang aku rasa taon 2013 adalah taon yang paling bermakna buat aku . 2013 gak banyak mengajar aku erti persahabatan . aku 'meninggalkan' sahabat aku dan mencari sahabat baru . 2013 gak mengajar aku erti berdikari . aku 'meninggalkan' keluarga aku demi mencari ilmu . 2013 mengajar aku untuk belajar . aku belajar banyak perkara . perkara yang aku sendiri tak pernah tahu kewujudannya . perkara yang membuat aku sedar siapa diri ini sebenarnya . 2013 menjadi saksi perubahan dalam hidup aku . 2013 telah menyaksikan dan merekodkan semua perilaku aku . 2013 memberi kan aku seribu kesyukuran . 

waktu terus berlalu , lembaran demi lembaran telah dilalui , coretan demi coretan telah memenuhi , kadang tak bererti , kadang tanpa makna , atau hanya sedikit makna , semoga tahun ini setiap lembaran memiliki makna , setiap lembaran bermanfaat . . insyaallah. . 

like birds , let us , leave behind what we dont need to carry , grudges sadness pain fear and regrets . life is beautiful , enjoy it . 

a new year and a new start . another 365 days to go through . may this new year bring lot of happiness and thanks to everyone who with me through up and down in 2013 . may your dreams blossom and make you happy many ways . have a wonderful new year . sorry for all mistake that i've done to u all on 2013 , new life is begin now . 

for giving me at least a chance to be in this great world ever , Alhamdulillah dear Allah . its enaff for just A chance . not more than ONE chance . cause its to precious for me to be more than ONCE . hidup hanya sekali . ain't ya think so ? for my mom and dad , tengs a lot , u raised me well as well as what am i now and soon , Insyaallah . to all my friends , tengs too for givin' chance for me to know who no matter how hard we have to get along with ma weird habits , sometimes with kinda annoyin' face of me , somehow i threw out harsh words , lots of sorry . Happy New Year 2014 !

Say Bye to 2013 , Shout Out Hye to 2014 !

Wallahualam .