2/02/2016


Mahu Kerja Part Time/sepenuh Masa? Bayaran Lumayan (Seluruh Malaysia)

Untuk Individu Bermotivasi Tinggi
Memilikki Komputer Ada Kemudahan Internet
Tidak memerlukan Pengalaman
Sepenuh Masa - Tawaran Masih Di Buka
Latihan - Kemudahan Disediakan

Klik Untuk Daftar Kerja Pengurusan Email

http://bozzv6.com/pengurusemail5180

    >> Di Buka: Seluruh Malaysia
    >> Bayaran: Minima RM90 Sehari

2/27/2015

No Title

Assalamualaikum

Dah hampir setahun rasanya aku tak menaip. Dah berhabuk dah pun blog ni. *fuhhh(tiup habuk)* Title entry tak de kena mengena dengan cerita aku. Sebab aku tak tau nak letak title apa.

Dah hampir 8 bulan aku menganggur. 8 bulan jugak lah aku duk rumah jadi bibik. Tapi aku tak kisah. Aku tak menyesal dengan keputusan yg aku buat dulu. Aku sedar kekurangan dan kelebihan aku. Apa yg aku cuba nak cerita ialah beza dulu dan sekarang. Aku bukan nak sindir atau perli siapa2. Dan aku tak tuju kan post ni kat siapa2.

Beza manusia dulu dan sekarang.
Camna diorang terima aku dulu dgn sekarang.
Dulu mungkin sebab aku sama level dengan diorang, so aku boleh masuk dlm mana2 jenis manusia. Aku tak nafikan, dunia sekarang ni ramai yg bersifat hipokrit. Aku pun hipokrit jugak. Sebab aku manusia. Sama je macam manusia2 lain. Masing2 ada sebab sendiri. Ada alasan yg tak boleh nak explain. Sama macam aku.

Ada sebab kenapa aku berhenti belajar. Alasan yg aku bagi kat orang bila diorang tanya kenapa ialah aku tak minat belajar. Tapi aku ada alasan lain yang lebih kukuh. Cuma aku tak boleh cerita dekat orang. Kalau aku cerita, sama macam aku bukak aib aku sendiri. So aku pilih untuk pendam. Lagi better aku rasa bila aku diam. Biar lah diorang nak kata apa pun. Masing2 ada satu rahsia yg hanya dia dan Allah sahaja yg tahu.

Tapi apa yang buat aku terasa hati ialah penerimaan orang di sekeliling aku bila tau aku cuma ada sijil spm. Dari situ aku dah tahu taraf aku kat mana.

Sakit tu hanya Allah yang tahu.

Wallahualam.

8/06/2014

Lain Orang Lain Ragam

Assalamualaikum,

Lama dah tak menaip, rasa gatal je jemari aku nak berlari atas keyboard. kalau recall balik rasanya dah 4 bulan aku tak menaip. tapi tak pe, malam ni aku nak berlari sepuasnya nak lepas geram. menyampah kan baca intro yang entah pape. 

rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya. so, pada sesape yang ada terasa hati dengan aku, ada yang rasa nak sepak je muka aku ni, ada yang rasa menyampah dengan aku, aku dengan rendah diri ingin menyusun 40 jari(termasuk jari kaki) memohon seribu keampunan dan mohon lupakan segala salah dan silap aku ye. bak trend sekarang, kosong-kosong ye. sesape yang buat salah dengan aku, don't worry aku dah maafkan korang. tak simpan dalam hati pun okay! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

sekarang dah masuk bulan 8, means dah sebulan lebih aku kat Politeknik Shah Alam ni. oh ye, lupa nak bagitau. sekarang aku sambung belajar kat Politeknik Shah Alam. kat sini aku sambung diploma dalam course Business Study selama 3 tahun. aku baru semester 1 kat sini. kat sini jugak aku belajar dengan adik-adik yang berumur 18 tahun sedangkan aku dah 19 tahun. tapi kat sini tak de beza apa-apa sebab semua pelajar dilayan sama rata, tak peduli kau umur berapa pun. 

suasana kat sini berbeza dengan tempat aku belajar dulu. suasana yang kalau boleh aku nak elak sebenarnya, tapi ye lah, lain tempat lain rasanya kan? sebulan lebih aku cuba sesuaikan diri aku dengan keadaan sekitar. pernah dengar peribahasa, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam? mestilah pernah dengar kan. tapi kes aku ni aku ubah sikit peribahasa tu. lain orang lain ragam. sebab boleh dikatakan setiap hari aku berjumpa dengan orang yang berbeza. setiap manusia tu ada perangai masing-masing kan. 

kehidupan kat poli ni sedikit sebanyak buat aku makin down. bukan lah nak merungut atau tak bersyukur tapi ye lah, sebagai manusia, aku memang tak terlepas dari benda-benda camni. 

kat sini macam2 ragam yang aku tengok. sampaikan kau rasa nak gelak tapi terpaksa tahan sebab dia tu classmates kau. jenis aku ni jenis yang orang tegur dulu baru aku bercakap. nak mengharapkan aku untuk tegur orang, memang tak lah. nak kata aku ni pemalu, rasanya tak. pernah terjadi satu insiden, aku pandang kau, kau pandang aku. sebabnya memasing tak nak bukak mulut. 

dalam kelas aku contohnya, macam2 perangai kau boleh jumpa. yang tak ada adab, yang mulut murai, yang perasan bagus, semua ada. tapi atas sesetengah orang jugak kan? kita tak boleh nak judge a book by it's cover. apa yang aku nampak camtu lah.

aku duduk kat kamsis sentosa. penghuni dekat kamsis ni dua orang je sebilik. aku dapat roommate budak kuantan. budak tu amek course civil engineering. aku pun tak tahu sebenarnya dia ni jenis yang camna sebab sepanjang sebulan lebih aku sebilik dengan dia, sehari tu boleh kira berapa patah perkataan je kitorang bercakap. yang banyaknya memasing buat kerja sendiri. aku lagi lah tak kisah, at least dia tak sibuk hal aku.

kat sini aku jadi kera sumbang sebab aku memang tak bergaul dengan classmates, coursemates, atau levelmates aku. tapi sebenarnya lagi better aku sendiri sebab diorang ni suka mengarut. bila dah habis kelas aku terus balik bilik then tidur. peduli aku dengan orang lain. memang lah tak bagus kan sendiri2, at least kena lah berkawan. maksud aku kat sini, kalau diorang ajak aku lepak atau gi jenjalan, aku tak ikut. aku berkawan tapi hanya dalam kelas dan bila perlu. 

since duduk di kamsis ni, badan aku selalu je letih sebab penat jalan. jauh kot kamsis dengan bangunan fakulti. sebab tu lepas kelas aku balik tidur. sumpah penat gila. tapi tak pe lah, demi ilmu dan cita-cita. chewaaah.

okay, aku stop kat sini dulu sebab sekarang dah jam 4.15 pagi and aku kelas jam 8 pagi nanti. so, peace no war and stay healthy.

Wallahualam.

4/01/2014

Sentap , Insaf , Taubat

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog even final dah dekat. Tujuan aku update entry baru malam ni sebab aku nak kongsi something yang membuat aku TERSENTAP, INSAF, dan terus BERTAUBAT. 

Lately ni banyak yang tak kena dengan aku membuatkan aku rasa nak give up. membuatkan aku rasa aku lah pelajar yang paling teruk, membuatkan aku rasa aku lah anak yang tak guna. membuatkan aku rasa sangat-sangat kecewa. kadang aku terpikir sensorang, apa tujuan aku hidup? kadang aku terpikir kenapa aku hidup? kadang aku terpikir kenapa aku yang Allah berikan ujian sebegini rupa? aku terlalu memikirkan benda-benda ni sampai aku tak kenal siapa aku. sampai kan aku salah kan Tuhan! memang banyak dosa aku dengan Allah, dengan mak ayah aku, dengan semua orang yang kenal aku. terlalu banyak sehingga kan aku tak tahu sama ada Allah akan ampunkan aku atau tak. sampaikan aku rasa nak meletup dada ni tahan sebak memikirkan kekhilafan aku yang dulu. memang aku seorang pendosa. aku manusia yang melakukan banyak dosa.

28/03/14
Aku akan ingat tarikh ni. dan aku takkan lupa sampai bila-bila. tarikh yang membuatkan aku rasa TERSENTAP dan INSAF. tarikh keramat. apa yang mampu aku ucapkan ialah JUTAAN TERIMA KASIH! terima kasih sebab berjaya mem'brainwash'kan aku. tarikh yang membuatkan aku rasa sangat-sangat kerdil. seharian menangis. aku yang dulunya megah berdiri di hadapan orang, tapi lemah bila berhadapan dengan insan yang sangat dihormati oleh orang sekeliling. berhadapan dengan beliau membuatkan aku secara automatik menjatuhkan kedua-dua lutut aku dan menangis semahu-mahunya. bicaranya lembut sesuai dengan status beliau sebagai seorang ibu. halus kata-katanya meresap ke dasar hati aku yang paling dalam. satu hari aku ber'consultation' dengan beliau. satu hari aku meluahkan segalanya. hari yang aku rasa amat lah panjang tapi paling bermakna. saat mulutnya terbuka berbicara, fikiran aku melayang. memikirkan dosa-dosa ku, memikirkan mama dan abah, segala yang aku lakukan terlintas bagaikan sedang menyaksikan slideshow tentang perjalanan hidup aku. saat itu air mataku tumpah tanpa segan dihadapan beliau. jujur, aku takut. takut dengan apa yang telah aku lakukan. takut dengan dosa-dosaku sendiri. takut akan kesannya nanti. 

sekali lagi aku di'hadiah'kan dengan 'tayangan' azab kubur. Allahu. tak pernah aku rasa takut sebegini rupa. ceramah agama yang selama ni aku hadir, tidak pernah satu pun memberi kesan sebegini kepada ku. sekali lagi aku menangis. dengan perlahan beliau menepuk lembut bahuku. tanpa malu aku memeluk insan yang ketika itu turut sama menitiskan air mata denganku. aku menangis semahu-mahu nya. beliau terus memujuk ku dengan kata-kata yang sangat halus. rasa bersalah kian menyelubungi diri. rasa ingin sujud di kaki mama dan abah membuak-buak. sekali lagi beliau memeluk aku.

SENTAP.

INSAF.

MENYESAL.

BERSALAH.

perasaan aku berbaur. waktu itu aku hanya mampu berdoa. ingin sujud di atas sejadah terpaksa ditahan kerana aku uzur syari'e. aku dan beliau sama-sama berdoa. berdoa semoga kami diberi kesempatan untuk bertaubat. 

di saat itu aku rasa sangat tenang. rasa bersyukur. bermacam-macam rasa.

dalam perjalanan menuju ke mahallah, aku terfikir sesuatu. 
MALU.
ye, malu. aku malu. malu dengan keadaan aku. malu dengan kawan-kawan. sangat malu. malu untuk berhadapan dengan semua orang. malu dengan Allah. 

Allahu. Allahu.

malam tu aku menangis lagi. mengenang dosa lalu. 

Wallahualam. 

3/13/2014

Perjalanan Baru Bermula

Assalamualaikum,

dah lama dah rasanya tak menaip. bukan sebab busy tapi malas. malas nak menaip, malas nak fikir idea, malas nak log in, malas semalas-malasnya. teruk kan aku? apa, kau ingat senang ke nak cari idea? kau ingat cari idea sesenang kau makan nasi? okay, tetibe lak nak bengang sensorang. -_-'

aku sebenarnya kan tak de story pun nak cerita. so, aku tak tau nak cerita apa. tajuk entry kat atas pun aku copy dari majalah Infiniti. entah kenapa tajuk tu interesting. rasa macam ada benda yang aku nak story tapi kau tau la kan, idea bukannya datang macam kau kelip mata sekali then dia muncul macam superman. ahh, ayat keling.

sekarang ni kan banyak benda dah jadi kan. macam-macam kes. kes anwar 'melawat' penjara lah, kes erra fazira bercerai lah, kes hanez suraya lah, then yang terbaru kes pesawat mh370 tetibe hilang. 

dalam blog aku ni aku tak nak cerita pasal pak itik2 ni sebab aku takut kena kecam. ye lah, kang tak pepasal kuar statement psl aku. femes kejap. k bai. 

lately ni banyak benda jadi kat aku. rasa macam semua ni mimpi je. kadang tu aku terfikir, umur aku baru 19 tapi dah lalui benda2 yang bagi aku tersangat lah ngeri dan menyeramkan. yang aku tak paham kan, orang2 kat sekeliling aku ni terlebih eksaited dari aku. kadang tu diorang yang duk sibuk berangan lebih dari aku. bukan nak kutuk lah, tapi apa yang aku duk perhatikan, cenggitu lah lebih kurang keadaannya. mohon tak terasa ye. hehe.

tapi, the best part is aku dapat pengalaman baru. pengalaman yang entah bila lagi aku boleh lalui. mungkin ada sesetengah orang beranggapan aku ni beruntung, bertuah and mungkin jugak ada yang beranggapan aku ni saje nak buat cerita, drama queen bagai. tapi, macam yang aku selalu cakap lah, orang tak lalui benda ni, orang tak kenal aku, so diorang takkan faham. aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku. nak kutuk ke, nak hina ke, peduli ah. bagi aku, ni hidup aku. aku tak copy hidup orang.

aku mintak maaf lah kalo ada yang terasa dengan apa yang aku membebel ni. ni cuma luahan hati aku. aku taknak berprasangka buruk kat sesape. 

so, chillax! 

p/s: tajuk entry tak de kena mengena dengan isi blog. hehe. sorry. 

Wallahualam.

2/22/2014

Kawan & Sahabat

Assalamualaikum,

lama dah rasanya tak menaip. so , malam ni free boleh lah buat entry baru . actually , tak de lah free sangat tapi sempat lah aku curi masa sikit nak menaip. so, let's begin!

kali ni aku nak cerita sikit pasal kawan and sahabat. aku ada ramai kawan. korang pun ada ramai kawan kan? semua orang ada kawan. tapi kawan tak sama dengan sahabat. kawan berbeza dengan sahabat. apa perbezaannya? okay, lemme explain. 

KAWAN: semua orang ada kawan. tak kisah dekat atau jauh. tak kisah rapat atau tak. tak kisah lah kawan macam mana pun. bagi aku, kawan ialah someone yang kau boleh mintak tolong bila-bila perlu. contoh macam aku. aku ada kawan yang duk kat terengganu, kl, perlis, perak, even sabah and sarawak pun aku ada. boleh kata aku ada kawan kat seluruh malaysia. kawan kat facebook pun boleh kira kawan kan? aku tak tahu lah ape korang fikir pasal maksud kawan ni. tapi bagi aku, kawan ialah someone yang ada untuk kau bila kau perlu. 

dalam hidup aku, even aku tak rapat pun dengan somenone tu, aku still anggap yang dia tu kawan aku. bagi aku, kawan memang penting. sebab kawan main peranan penting dalam hidup aku. kalau tak de kawan, aku takkan ada kenangan. 

aku ada story pasal kawan ni. siapa dia biarlah aku rahsiakan demi kebaikan bersama . chewah, ayat tak leh blah. aku start kenal dengan dia ni since form 3. aku tak lah rapat sangat dengan dia ni, tapi sesape yang tengok kitorang ni akan cakap kitorang ni rapat gegila. hah, amek kau, dah kuar ayat gegila tu. okay, tak lawak. tapi, honestly dalam ramai2 kawan yang aku ada, aku lagi selesa dengan dia. aku sendiri tak tahu kenapa. kitorang selesa kongsi masalah kitorang. kitorang tak borak hari2, even tak pernah mesej atau call pun. walaupun masing2 dah jauh, tapi dia still ingat aku and aku still ingat dia. 

kawan ada macam2 ragam. ada macam2 perangai. tapi itu lah kawan. bila masing2 lain perangai, lagi indah kenangan tu sebenarnya. kalau kawan tu perangai sama je semua, boring jugak kan? so, let's make more friends and be friendly to other. ;)

SAHABAT: there two types of best friends :-

                Number 1- the best friend who you're real close to. you see                                    them at least twice a week, maybe more. you                                        talk a lot and catch up on everything.

                Number 2- the best friend you don't talk to as often, but                                        deep down, you'll always know that they're your                                    best friend. they understand you, although they                                    barely see you. 

think about it. :)

p/s: kepada semua kawan2 aku, geng2 5ibr, geng cfs, geng2 stemza, geng2 yang seangkatan dengannya, kawan2 fb, kawan2 twitter, terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup aku. terima kasih tak tehingga aku ucapkan. harap kita still kawan sampai bila2 even kita jarang jumpa. untuk sahabat aku, kau lah yang terbaik yang pernah aku jumpa. please, stay by my side always. without u, i never know who i am. lots of love. <3

Wallahualam.

2/10/2014

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Assalamualaikum,




 

Masa tengah ber-blogwalking, aku ada jumpa segmen ni. seriously, first time aku jumpa blogger buat segmen ni. tapi, memang terbaik ah. segmen ni berjaya menarik dan menggoda aku untuk turut serta. hikhik. 

segmen ni dianjurkan oleh http://lorong-cinta.blogspot.com/ 

so, kepada korang yang baca entry aku ni, tayah buat-buat tak tau. tugas korang bukak link kat atas tu, then follow je step dia. simple kan? selamat mencuba!

*abaikan tarikh kt gambar tu ek? sbb tarikh segmen ni dilanjutkan sampai 28 Februari 2014.

Wallahualam.