1/04/2014

Tip Nak Jimat Petrol

Assalamualaikum,

Baru-baru ni harga petrol naik . ramai yang merungut kos minyak pergi balik kerja meningkat . jadi , aku nak bagi beberapa tip cara jimatkan minyak kenderaan korang . tapi, cara ni sesuai untuk penunggang motosikal je . hehe .


  • First tip ni aku rasa korang dah selalu dengar . bila korang turun bukit matikan enjin motor . nak lagi best , baring macam Superman . encik polis pun takkan saman korang punya .
  • Bila naik bukit lak ,  pastikan kat sekeliling korang tu ada lori atau pape kenderaan yang korang bley pegang bumpernya . sebab bila korang pegang bumper lori atau pape kenderaan , memang jimat sebab tak payah pulas minyak dah . 
  • Yang ni penting ! jangan brek masa ambil selekoh . main brek ni cepat habiskan minyak . cukup sekadar mengucap dua kalimah syahadah . ingat , mengucap dulu sebelum ambil selekoh tau!
  • Next , cuba berlakon motor rosak tepi jalan . lepas tu minta penunggang motor lain tolak motor korang sampai ke destinasi . lagi jimat kn ? tayah start enjin pun .
  • Sebelum korang nak naik motor korang , pastikan korang dah masuk tandas sebelum tu . kenapa ? ye lah , buang laa dulu segala bahan kumbahan dalam badan korang tuh , baru ringan sikit motor tu . bila ringan, tayah pulas minyak bnyk2 . jimat .
  • Akhir sekali, bawak motor dalam jarak satu kilometer . lps tu ,  matikan enjin motor then turun dari motor . korang tolak motor tuh dalam jarak dua atau tiga kilometer . lepas tu , hidupkan balik motor then bawak laa dalam satu kilometer . Alah , korang repeat je cara ni sampai korang tiba kat destinasi korang . Aku siap boleh jamin lagi , bukan minyak motor korang je jimat , korang pun memang dh konfem2 cepat slim . hehe .
So, kalau nak jimat minyak , prektis2kn laa tip kt atas tu ye . mmg dh konfem jimat punya . duit pun save . hehehe .

Wallahualam.

Bertuahkah Kita?

Assalamualaikum,

Bertuahnya kita kerana masih punya ibu dan bapa . Boleh berdampingan dan berkasih sayang dengan mereka . TAPI , bertuahkah kita bila kesedaran itu hanya datang bila mereka sudah tiada?

Bertuahnya kita, selepas setahun berkahwin dikurniakan anak yang comel . TAPI , bertuahkah kita bila anak yang comel itu tidak dididik sebaik mungkin dan mereka membesar menjadi penagih, perompak atau pengkhianat bangsa dan negara ?

Bertuahnya kita apabila bangun daripada tidur , kita masih bernafas seperti biasa . TAPI , bertuahkah kita bila nyawa yang dikurniakan itu tidak digunakan sebaik mungkin , sebaliknya hanya dihabiskan untuk perkara sia-sia ?

Bertuahnya kita apabila tamat belajar dapat kerja bagus , gaji besar dan hidup dalam kesenangan . TAPI bertuahkah kita bila kesenangan itu menjadikan kita sombong , bongkak , dan melupakan mereka yang susah ?

Bertuahnya kita apabila punya jam tangan Rolex , kasut Jimmy Choo , baju Marc Jacobs , beg tangan Luois Vuitton yang harganya ribuan ringgit . TAPI , bertuahkah kita bila semua itu diperoleh dengan berhutang ?

Kita sebenarnya insan bertuah di atas muka bumi ini . Tuah juga sentiasa menyebelahi kita . TAPI , adakah kita tergolong sebagai insan bertuah yang menggunakan tuah itu sebaik mungkin ?

Wallahualam.

Biarlah saya jadi ketua!

Assalamualaikum,

Lokman dan gurunya, Tok Bentara mahu keluar bermusafir. Tok Bentara berkata,

" Sebelum kita keluar bermusafir, salah seorang daripada kita perlu menjadi ketua."

"Sudah tentu saya melantik Tok Bentara sebagai ketua dalam perjalanan kita,"

Kata Lokman dengan merendah diri. Tok Bentara bersetuju. Lalu bermulalah musafir mereka.

Sedang dalam perjalanan , hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan pula mereka hanya membawa sekaki payung yang cukup memuatkan seorang sahaja.

Tapi Tok Bentara segera memayungi anak muridnya dan membiarkan dirinya basah ditimpa hujan.

Lokman : Biarlah saya saja yang memayungi Tok Bentara!

Tok Bentara : Tugas seorang ketua adalah melindungi pengikutnya agar sentiasa dalam keadaan baik. oleh itu, sayalah yang patut memayungi kamu!

Lokman : Jika begitu, biarlah saya yang menjadi ketua agar saya boleh berkhidmat untuk guru saya.

Tok Bentara : Silakan!

Sewaktu mereka berhenti berehat, Tok Bentara menghilangkan dirinya. Lokman menunggu sehingga gurunya pulang dengan seberkas kayu untuk dijadikan kayu api.

Lokman : Mengapa guru tidak menyuruh saya sahaja pergi mencari kayu api? Bukankah saya ketua dan perlu melindungi guru yang menjadi pengikut saya?

Tok Bentara : (Sambil ketawa) Adalah tidak masuk akal seorang pengikut mengarah ketuanya melakukan kerja.

Setelah musafir mereka selesai, Tok Bentara bertanya kepada Lokman.

Tok Bentara : Apa yang telah kamu pelajari sepanjang musafir kita?

Lokman : (Sambil senyum) Saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang ketua dan seorang pengikut yang baik!

Wallahualam.