12/10/2013

Nilai Sebenar Seorang Isteri

Assalamualaikum 

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang untuk datang ke depan.

PENCERAMAH : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya.

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus dua nama lagi..

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba,

PENCERAMAH : Silakan padam 1 nama lagi!

Lelaki itu dengan perlahan-lahan, mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : Silakan pilih 1 nama lagi.

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH : Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu dia menjawab,

LELAKI : Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak saya jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.

Semua yang berada di dalam dewan tersebut menitiskan air mata mendengar penjelasan lelaki itu. 

#copy&paste

- Story di atas hanya lah copy & paste dari seorang sahabat aku. Mesti korang tertanya2 kan kenapa aku tetibe bukak story mory pasal suami isteri ni kan? Ekcelli, aku tertarik dengan jawapan yang diberikan lelaki itu . kat situ korang nampak tak nilai seorang isteri? untuk aku yang bakal jadi isteri one day nanti kn, aku teramat laa tersentuh dengan jawapan lelaki tu. Sweet kan? *tgh berangan-.-*

So, kepada suami atau yang bakal menjadi suami , hargai lah isteri atau bakal isteri anda. Sayangi lah mereka selagi mereka mampu menjadi yang terbaik untuk kita. sama-sama lah kita ambik iktibar dan hikmah berdasarkan story di atas ye..

Wallahualam . .

Impian

Assalamualaikum

im back! wuhuuuu . woi ! tetibe je . haha . well , ari ni aku nak melalut pasal impian atau boyfriend aku , Kim Woo Bin cakap dreams . Yup, dreams . korang tau apa tu dreams ? bukan mimpi laa . dreams tu maksudnya impian . eh jap, kan aku dah bagitau title entry td ? errgghh! stress ! Back to the story mory , aku ada satu impian yang sampai sekarang tak pernah tercapai . bak kata Elyana, tak tercapai dek akal . *bukak youtube cari lagu tu . 
tapi kan, aku sendiri tak tau apa impian aku . hahaha . lawak tak ? tak lawak laa Nuna . Kesian kau , tak de orang gelak kt kau . Peduli ar . 

Aku ada story pasal impian ni . cerita ni terjadi kat sorang mamat ni . sape entah aku tak tau . tp aku dengar cerita ni dari kawan kepada kawan aku . apa aku merepek ni ? tak pe laa , korang baca je dulu . .

aku namakan mamat tu sebagai Adam . Ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia .

Adam : Mat, kau ada impian tak ?
Mat : Mestilah ada . Semua orang ada impian .
Adam : Apa impian kau ? 
Mat : Impian aku banyak .
Adam : Contoh ?
Mat : Emmm , aku nak belajar sungguh2 supaya aku boleh senangkan family aku kat kampung . 
Adam : Lebih specific ?
Mat : Apa yang kau nak tau sangat pasal impian aku ni ? Impian kau apa ?
Adam : Entah lah . Bila orang tanya apa impian aku , aku jawab banyak . tapi bila mintak contoh , aku tak tau nak bagi jawapan apa . sebab aku sendiri tak tau apa impian aku yang sebenar-benarnya . aku boleh je cakap impian aku nak dapat 4-flat final exam , tp konfem ke aku dapat tunaikan impian aku tu ? Walaupun ada orang cakap , pasang la sekurang2nya satu impian agar ia dapat memberi kita motivasi , tapi adakah betul2 pasti yang setiap impian kita tu akan memberi kita motivasi ? bagi setengah orang mungkin betul laa . tapi bagi aku macam tak je . Kau faham tak ?
Mat : Sepatah haram pun aku tak faham . apa yang kau cuba nak sampaikan sebenarnya ?
Adam : Macam ni , kau cakap tadi , kau ada banyak impian . salah satunya nak tolong family kau kat kampung . bila aku tanya kau lebih specific pasal impian kau tu , kau tak leh jawab . Kau sendiri tak tau kenapa impian kau camtu kan ? aku faham kalau impian kau tu nak balas jasa orang tua kau , tapi camne kau nak tunaikan impian tu ? nak belikan diorang rumah ? nak belikan diorang kete ? kau tak tau masa depan kau camne . dapat ke kau tunaikan impian kau kalau kehidupan kau nanti x seperti yang kau harapkan? 
Mat terus terdiam .

Hah , ada sesape faham story kat atas tu ?Okay , nanti aku sambung . . aku nak g kelas dulu . Adios!


haluuuu ! im back ! kelas dah abes , esok cuti . . yuhuuuu ! dipersilakan untuk baling aku kt dalam lubang jamban korang . .

Apa yang Adam cuba sampaikan kat Mat ialah :
  1. setiap orang ada impian yang ingin dicapai
  2. tapi tak semua orang impian dia tertunai
  3. ada faktor2 nya .
  4. apa faktornya ?
  5. fikir la sendiri . .
hahaha . . maafkan hamba yang kerdil lagi hina ni ye . . meh sini aku nak explain . . dengar bebaik . .

Moral of the story , nak ada impian tu boleh tapi kena la jelas . tayah main cakap je . kalau cakap je , aku pun boleh . . apa maksud aku 'kena la jelas' tu ? maksudnya , bila kita pasang satu impian , kita kena tau apa tujuan kita buat impian tu , apa faedah kita akan dapat . ada yang pasang impian nak beli rumah besar mengalahkan rumah president zimbabwe , tp bila tiba masanya , jangan kata rumah , tapak pun ta de . ada jugak yang pasang impian nak berjaya dalam pelajaran , kalau boleh biar satu dunia tau , tapi bila tiba masanya , pelajaran entah ke mana , kita entah ke mana . nk berimpian tu boleh , tapi biarlah seiring dengan usaha dengan semangat yang membara . ni tak, cakap je pandai , buat nya tak .

jadi kepada kenkorang sume , ingat lah . . impian tu biar laa jelas . supaya mudah untuk kita mencapai nya kelak . cewahh, dah mcm motivator lak aku ni . anak kaunselor laa katekan . .

wallahualam .

IntroDukSyen

Assalamualaikum..

Wuuuu.. Lalalalalala.. pe hal lak NunaNajwa ni tetibe je.. hehehe.. well, epy doe dapat buat blog.. ye laa sebelum ni mane sempat nak layan sume ni.. percaya atau tak, aku create blog bulan Julai yg lepas, tapi update bulan doblas.. wuhuuu.. terbaek kan? 6 bulan x bukak blog.. tgk? ni laa tanda kebusyan aku.. chesss, busy laa sgt ngko ni.. padahal duk layan kpop + runningman je.. okay, mlm ni(actually dh kul 2 pagi) aku tanak melalut, meroyan or watever, pasal aku tade idea.. so, aku buat introduksyen laa sikit ye pasal aku ni.. tanak baca sudah.. 

omo omo omo.. who is she? hahaha..ni laa aku.. juz a simple girl.. aku x laa peramah sgt tp kalow owg tegur aku dulu, insyaallah laa.. dah laa,, mengarut je aku . . ok bai . .