12/14/2013

Le'Memoir

Assalamualaikum.

korang sihat tak? alhamdulillah. sentiasa laa bersyukur ye. malam ni aku tak leh tidur. tangan ni tetibe gatal nak menaip. hehe. orait, malam ni(ekceli dh 2.38 pagi), tetibe lak aku teringat time aku masuk UIA PJ. percaya atau tak, pilihan nak masuk UIA PJ ni merupakan pilihan yang keempat aku dalam UPU. okay, aku nak recall balik incident2 lepas.. hahaha

Khamis, Mac 2013
hari result SPM kuar. berdebar tu toksah kata laa.. mmg berdebar sgt2. dalam 10.30 lebih kurang, Madam call. Madam tanya, "Dah amek result belum?" nada serius lak tuh. aku dah start rasa something dah ni. cuak semacam je. aku jawab, "belum lagi. tengah siap2. lagipun tunggu abah datang amek, tak datang2 lagi." lepas tu Madam tanya lagi, "Agak2 kakak, result kakak camne nanti? okay ke tak okay?" hish, Madam ni, aku dah laa kecut perut dari semalam lagi, dia boleh pulak tanya soalan camtu. aku tak sempat jawab lagi soalan dia, Madam dah letak phone. macam sedih je. then, Madam send mesej berbunyik, "Mama dah tengok result kakak. Alhamdulillah, mama bangga dengan kakak. kakak dah buat yang terbaik." erkk, what the ??? okay, time tu aku rasa jantung aku dah tercabut. aku dah rasa nazak semacam je. then, bunyi mesej masuk lagi. kali ni dari cikgu peribadi aku.*bajet je aku kan? cikgu peribadi segala bagai* mesej berbunyi, "Salam najwa, result camne? semua okay? saya harap dapat lah capai target." putus nafas sekejap. aku dah gelisah semacam je ni. Sajangnim pulak tak sampai2 lagi. kejap tengok luar, kejap tengok jam, kejap tengok tu, kejap tengok ni, boleh kata aku ni macam kucing hilang anak. 

dalam pukul 11.30 camtu aku sampai kat STEMZA. aku tengok ramai je student kat sekolah. *memang la, kan tengah waktu persekolahan, bongok laa kau.* then, dengan langkah sejuta trillion keyakinan, aku pun melangkah ke dewan sekolah. semua duk pandang aku mase aku masuk dewan. dalam hati dah cuak gegilew ni. pe hal pandang? tak pernah pandang orang ke? sampai je aku terus duduk. dah tak pikir pape dah. amek earphone, amek phone, sumbat earphone kat telinga, bukak phone cari lagu, dengar lagu sambil layan facebook, buat2 tak tau keadaan sekeliling. mase tengah syok dengar BigBang nyanyi, tetibe je kena sergah. aku pun pe lagi, campak phone, lepas tu melatah sensorang depan pengetua. malu gile!!! aku rasa nak je baling kerusi2 kat dewan tu kat diorang. pengetua lak siap gelakkan aku lagi. hampeh betol! sabar je laa.. muka ni memang konfem dan sahihnya merah macam kena grill. 

lepas dengar ucapan pengetua, aku terus amek result. tengok slip then senyum sensorang.*tetibe -.-'* pastu aku g salam ngn sume cikgu pompuan sambil ucap terima kasih. lepas tu call Sajangnim mintak datang amek. 15 minit camtu, Sajangnim sampai dengan muka selamba dia.. *ayah aku suke buat muka selamba, lepas tu sengih sensorang.* masuk dalam kete, aku bagitau result kat Sajangnim. tetibe Sajangnim,

"JOM!!"

aku punya lah terkejut nasib tak innalillah kat situ. punya lah kuat dia jerit. terus je dia tekan minyak, perggh! laju gile.. kecut perut. masa tu aku ingat mati je. nasib baik kete lain tak banyak atas jalan. lepas tu aku tak ingat apa jadi.. hehehe


Isnin, 10 Jun 2013,
Ari aku daftar masuk UIA PJ. belum sampai AMF Hall, sorang sister ni speaking dgn aku. muka aku, BLANK, BLUR.. masa tu tunggu air terjun niagara nak melimpah je.. pakcik aku cakap, "Alaa..cool je. time camni je dia speaking, nanti dia cakap melayu laa tu. watlek je." banyak laa pakcik punya cool, watlek.. aku dah la tak pernah berenggang ngn Madam, rasa nak nangis kat situ je time tu. tapi memandangkan ramai orang, so aku tahan je. lepas tu dengar taklimat, submit borang, and amek kunci. aku ngn family aku terus je blah dari situ and g cari mahallah khadijah. masuk je mahallah terus tergamam. sebab ada LIF! haha.. then, angkut barang and naik tingkat 4, pergi cari bilik C4.431.. kepala aku pun dah bengong semacam je sbb cari bilik tak jumpa2. nasib baik ada sister ni tolong tunjuk bilik. alhamdulillah, jumpa gak. 

masuk bilik kemas barang segala bagai, turun lobby sebab nak hantar family aku balik. wuwuwuwu, sedih gile time tu.. ye laa, mana taknya, sebelum ni mana pernah berenggang ngn family aku. paling lama pun 3 ari je. aku apa lagi, menangis, melalak, meraung macam takkan jumpa lagi dah lepas tu.*gedik kn?* then, salam ngn sume orang lps tu naik bilik ngn hati pilu.*pilu la sgt.* 

sampai bilik, aku duduk atas katil aku sambil kemas barang2 yg aku tak sempat kemas tadi. masa tu aku buat2 tak tahu je kat rumet aku. masing2 buat kerja masing2. malam tu barulah kitorang bertaaruf sesama sendiri.

ni Athirah. nama manja dia Chom@A'a. dia dari Gombak.

ni lak Hanisah. dari Sarawak.

konon sambut raya memalam depan mahallah khadijah.
yang pakai tudung oren tu nama dia Neelam. dia dari Sabah.
Athirah atau mesra dipanggil Chom ni, sebenarnya seorang yang determined tau. dia nak something, dia pikir banyak2 kali sebelum dapat. dia ni macam kakak. imej matang dia buat aku rasa selamat bila Madam and Sajangnim tak de. well, dia laa yang paling banyak tolong aku.

Hanisah atau Nisah ni jenis yang pendiam sikit. dia tak banyak cakap. tapi diam2 berisi. peminat tegar YongHwa CN Blue tau. and dia jugak kpop mania. cuma tak nampak obses sangat macam aku. masa dia cuma banyak dihabiskan dengan belajar je. no wonder laa dapat pointer tinggi masa sem satu. tapi banyak benda yang aku tak tau pasal dia ni.. tapi dia ni sangat laa baik hati. 

Rumet ni paling aku sayang,, kenapa? sebab dia satu kepala dengan aku. gila2 macam aku. Nama dia Neelam Shahida tapi kitorang panggil Neelam je. nak tahu kenapa aku sayang dia? she is a good listener. dia suka dengar aku cerita. aku ni memang banyak mulut, kalau boleh sume benda aku nak cerita dgn dia. dia pulak jenis tak berkira sangat. banyak masalah aku kongsi dengan dia. kadang tu aku nangis depan dia. yang paling tak leh blah, bila aku nangis dia pun ikut nangis. hahaha.. kitorang macam kembar tapi sume tak sama. bila aku sunyi dia lah yang hiburkan aku. buat lawak yang tak pernah lawak. haha.. 

okay laa.. aku dah penat menaip..  nanti2 aku sambung lagi pasal life aku kat UIA PJ ni ye? Bye2! take care ye sume2..

Wallahualam

12/12/2013

K-POP

Assalamualaikum.

aku dengan kau ni memang ta leh pisah kan? hari-hari kita jumpa. kau tau tak, selain dari BFF , parents aku , kau laa yang paling setia dengar cerita-cerita aku. thanks a lot buddy! 

Based on the title above, K-POP . dengar perkataan tu dah buat aku menjerit bagai orang gila. K-POP? menatang apakah ? K-POP atau Korea Pop ialah satu muzik berasal dari Korea. aku rasa bukan aku je yang minat k-pop , right? boleh kata satu dunia sebab Korea punya Hallyu Wave dia dah merebak satu dunia . aku minat k-pop since darjah 5 . tapi time tu aku tak berapa aktif sangat , sebab internet ta de, geng minat k-pop pun ta de.*sedih kn?* jadi aku minat dalam diam je. bila dah masuk sekolah menengah, wave2 dia dah rase sikit . ada lah dua tiga orang pelajar yang minat jugak . tapi sebab ta de geng time form 1,2,3, aku buat2 tak tau je . then aku naik form 4. bagai pucuk dicita ulam mendatang, classmate aku merangkap sedara aku ialah k-pop mania. so, apalagi banyak laa kitorang kongsi2 cerita sal k-pop. boleh dikatakan hari2 kitorang duk bercakap pasal k-pop. 

cemane aku minat k-pop? aku start minat masa Sajangnim menang komputer dalam satu cabutan bertuah. entah dari mana datang satu gambar mamat ni. hensem, putih, gojes, comel and SANGAAAAAATT sexy. aku jadikan gambar mamat tu sebagai wallpaper dekstop aku. hari2 gambar tu aku tatap. aku mintak tolong makcik google, then akhirnya jumpa. sejak tu aku minat mamat ni. sume gambar dia aku dunlop and save dalam file khas untuk gambar mamat tu saja. tak puas tengok kat komputer, aku print and tampal dalam bilik. so, hari2 laa aku tengok mamat ni. kadang tu aku macam orang gila sebab cakap sensorang. mana taknya, kalau hari2 ngadap gambar mamat tu then berangan konon aku kawen dgn dia.*gedik kn?* 

ni laa mamat yang aku cakap tu. hensem kn? sangaaatt . . ni jgk gmbr wallpaper kt dekstop aku..


 kat bawah ni antara koleksi gambar2 dia yang aku simpan khas dalam satu file.

senyumannya membuat kan aku cair ..

flaming charisma..
mr. perfect!!
mulanya aku tau pasal dia sorang je, aku tak tau lak dia ada grup. masa aku tengah usha2 dia, tetibe aku terlihat gambar dia dalam satu grup . grup tu lak bukan 5,6 orang tapi 13 orang! and kesemuanya TERSANGAT laa hensem. lagi laa buat aku jatuh hati. start pada tu aku usha2 sume ahli2 grup tu . start dari leader sampai maknae. then, baru laa aku tau rerupenya diorang ni memang satu grup. nama mamat tu ialah Choi Siwon and nama grup diorang lak Super Junior . encem bak anggss!! ahli2 diorang ialah Leeteuk(leader), Heechul, HanKyung, Kangin, Siwon, Sungmin, Yesung, Kibum, Donghae, Eunhyuk, ShinDong, Ryeowook and the cutest maknae, KyuHyun.

ni laa grup Super Junior tu . . comel n encem kan? melting...
Super Junior tu grup pertama yang aku minat . grup kedua yang aku minat sampai sekarang ialah BIGBANG! Ya, BigBang. diorang sangat berbakat, sangat laa hensem, sangat laa comel, and sangaatt laa cute. aku start minat BigBang lepas aku usha leader BigBang iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong. GD ni seorang penyanyi yang sangaatt talented . semua lagu BigBang, dia yang create . GD ni jugak leader yang sangat bertanggungjawab. dia caring sangat dekat ahli2 dia. walaupun ada seorang member ni lagi tua dari GD, tapi dia tetap nak GD ni jadi leader diorang. sebab katanya, GD ada bakat jadi leader. member2 BigBang ialah G-Dragon(leader), T.O.P , Taeyang, Daesung and lovable maknae, SeungRi. beza umur diorang tak laa jauh sangat . T.O.P(26), GD(25), Taeyang(25), Daesung(24), SeungRi(23). nama sebenar diorang ialah Kwon Ji Yong, Choi Seunghyun(Big Seunghyun), Dong Youngbae, Kang Daesung dan Lee Seunghyun(Small Seunghyun). 


comel tak? mase ni diorang tengah promote handphone jenama lollipop keluaran LG.

okay laa.. aku rasa cukup laa tu buat masa ni.. lain masa aku sambung . banyak lagi sebenarnya aku nak cerita, tapi malas dah nak menaip. jejari aku dah lenguh ni..


wallahualam.

Hey , AWAK!

Assalamualaikum.

Dear awak,
         Saya tak leh tidur. asyik teringat kat awak je. saya tak tahu kenapa. saya cuba hapuskan awak dari minda saya. tapi awak jugak yang saya ingat. kenapa ek? saya tertanya-tanya kenapa mesti awak yang saya ingat. sejak dulu lagi. sejak awak berjaya membuat saya tertarik dgn awak. 

Awak,  
        Adakah awak camni jgk setiap hari? awak alami benda sama macam saya tak? saya bingung. kenapa mesti awak? kenapa tak orang lain? kenapa bukan Lee Jong Suk atau Aaron Aziz? Setiap hari awak ambil berat pasal saya. awak tanya saya dah makan ke belum, sihat tak hari ni. saya tak pernah pun tanya pasal awak.

Awak,
       Sifat awak yang caring buat saya lagi jatuh hati kat awak. awak, tolong laa. jangan buat saya camni. jangan seksa saya camni. apa niat awak sebenarnya? apa yang awak nak dari saya? apa salah saya pada awak? dulu2 saya dgn awak macam anjing dgn kucing. tiap kali jumpa mesti bertekak. tapi dalam pada kita duk gaduh2 pun, awak still caring pasal saya. sekarang awak lagi aktif. bila kita berjauhan dari family, awak jaga saya macam awak jaga girlfriend awak. awak, saya bukan siapa2 pada awak. kita tak ada pertalian darah pun. family kita tak saling kenal pun. tapi kenapa mesti saya? kenapa saya yang awak cari?

Dear awak,
        Awak jangan cakap awak jatuh hati kat saya. kalau betul, itu tandanya awak memang gila. awak tau, orang x waras pun pikir berkali2 untuk suka kat saya. awak, tolong la sedar. kalau betul pun awak suka saya, kita still ta leh bersama. saya dgn awak tak sesuai. antara kita jauh berbeza. macam langit dengan bumi. 

Awak,
       Kalau awak baca luahan hati saya ni, saya mintak sangat2 tolong laa pergi dari hidup saya. saya tak nak lelaki macam awak. saya tak nak jatuh hati kat awak walaupun hakikatnya saya dah pun jatuh suka kat awak. tapi sebelum perasaan tu jadi lebih teruk, tolong hindarkan diri awak dari saya. saya tak nak awak caring pasal saya lagi. saya tak nak awak hantar mesej selamat pagi kat saya lagi. saya tak nak semua tu.

Awak,
       Bersama dengan awak adalah mustahil. memang sangat2 mustahil. saya tau, awak pernah confess kat saya psl perasaan awak pada saya. tapi saya mintak maaf, saya tak leh terima awak. bila awak tanya kenapa, saya jawab tak ada jawapan, memang tak de sebab untuk kita bersama. saya tau awak kecewa tapi lebih baik awak kecewa sekarang dari awak kecewa kemudian.

Awak,
       Masa depan kita panjang lagi. kita tak tau apa akan jadi kat kita kelak. kita jugak tak tau sampai bila kita akan bersama. awak, saya bersyukur sebab ada kawan macam awak. kawan yang sangat caring. kawan yang sayang saya lebih dari dirinya sendiri. tapi awak, sekarang ni saya tak nak kawan macam awak. saya tak nak kawan yang caring pasal saya. saya tak nak kawan yang sayang saya lebih dari dirinya sendiri macam awak. sebab kawan macam ni akan buat saya jatuh hati dan teringat selalu macam sekarang. saya tak nak semua ni. saya tak de masa nak fikir pasal ni.

Awak, 
       Kenangan kita dulu2 saya ingat lagi. saya tak pernah lupa. kenangan antara saya dengan awak merupakan kenangan yang paling indah. saya tak akan lupa. dan awak pun jangan lupakan kenangan kita. walaupun saya mintak awak pergi dari saya, tapi kenangan awak dgn saya tak akan pernah lari dari hati kita.

Dear awak,
        Ajal dan jodoh dah ditentukan Allah untuk kita. cuma kita tak tau bila dan siapa. saya sentiasa berdoa agar kita dipertemukan dengan insan yang betul2 memahami kita. saya sentiasa berdoa agar awak dapat berjumpa dengan wanita yang lebih sempurna dari saya walaupun kat dunia ni tak de siapa yang sempurna. awak jugak doakan saya ye. sama-sama lah kita berdoa.

Awak,
       Rasanya dah panjang sangat luahan hati saya untuk awak. saya mintak diri dulu. awak jagalah diri awak baik2. terima kasih atas segala perhatian awak untuk saya. saya dah pun rasa dihargai. terima kasih banyak2..

daripada,
insan yang memerhatimu dari jauh.

12/10/2013

Nilai Sebenar Seorang Isteri

Assalamualaikum 

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang untuk datang ke depan.

PENCERAMAH : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya.

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus dua nama lagi..

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba,

PENCERAMAH : Silakan padam 1 nama lagi!

Lelaki itu dengan perlahan-lahan, mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : Silakan pilih 1 nama lagi.

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH : Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu dia menjawab,

LELAKI : Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak saya jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.

Semua yang berada di dalam dewan tersebut menitiskan air mata mendengar penjelasan lelaki itu. 

#copy&paste

- Story di atas hanya lah copy & paste dari seorang sahabat aku. Mesti korang tertanya2 kan kenapa aku tetibe bukak story mory pasal suami isteri ni kan? Ekcelli, aku tertarik dengan jawapan yang diberikan lelaki itu . kat situ korang nampak tak nilai seorang isteri? untuk aku yang bakal jadi isteri one day nanti kn, aku teramat laa tersentuh dengan jawapan lelaki tu. Sweet kan? *tgh berangan-.-*

So, kepada suami atau yang bakal menjadi suami , hargai lah isteri atau bakal isteri anda. Sayangi lah mereka selagi mereka mampu menjadi yang terbaik untuk kita. sama-sama lah kita ambik iktibar dan hikmah berdasarkan story di atas ye..

Wallahualam . .

Impian

Assalamualaikum

im back! wuhuuuu . woi ! tetibe je . haha . well , ari ni aku nak melalut pasal impian atau boyfriend aku , Kim Woo Bin cakap dreams . Yup, dreams . korang tau apa tu dreams ? bukan mimpi laa . dreams tu maksudnya impian . eh jap, kan aku dah bagitau title entry td ? errgghh! stress ! Back to the story mory , aku ada satu impian yang sampai sekarang tak pernah tercapai . bak kata Elyana, tak tercapai dek akal . *bukak youtube cari lagu tu . 
tapi kan, aku sendiri tak tau apa impian aku . hahaha . lawak tak ? tak lawak laa Nuna . Kesian kau , tak de orang gelak kt kau . Peduli ar . 

Aku ada story pasal impian ni . cerita ni terjadi kat sorang mamat ni . sape entah aku tak tau . tp aku dengar cerita ni dari kawan kepada kawan aku . apa aku merepek ni ? tak pe laa , korang baca je dulu . .

aku namakan mamat tu sebagai Adam . Ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia .

Adam : Mat, kau ada impian tak ?
Mat : Mestilah ada . Semua orang ada impian .
Adam : Apa impian kau ? 
Mat : Impian aku banyak .
Adam : Contoh ?
Mat : Emmm , aku nak belajar sungguh2 supaya aku boleh senangkan family aku kat kampung . 
Adam : Lebih specific ?
Mat : Apa yang kau nak tau sangat pasal impian aku ni ? Impian kau apa ?
Adam : Entah lah . Bila orang tanya apa impian aku , aku jawab banyak . tapi bila mintak contoh , aku tak tau nak bagi jawapan apa . sebab aku sendiri tak tau apa impian aku yang sebenar-benarnya . aku boleh je cakap impian aku nak dapat 4-flat final exam , tp konfem ke aku dapat tunaikan impian aku tu ? Walaupun ada orang cakap , pasang la sekurang2nya satu impian agar ia dapat memberi kita motivasi , tapi adakah betul2 pasti yang setiap impian kita tu akan memberi kita motivasi ? bagi setengah orang mungkin betul laa . tapi bagi aku macam tak je . Kau faham tak ?
Mat : Sepatah haram pun aku tak faham . apa yang kau cuba nak sampaikan sebenarnya ?
Adam : Macam ni , kau cakap tadi , kau ada banyak impian . salah satunya nak tolong family kau kat kampung . bila aku tanya kau lebih specific pasal impian kau tu , kau tak leh jawab . Kau sendiri tak tau kenapa impian kau camtu kan ? aku faham kalau impian kau tu nak balas jasa orang tua kau , tapi camne kau nak tunaikan impian tu ? nak belikan diorang rumah ? nak belikan diorang kete ? kau tak tau masa depan kau camne . dapat ke kau tunaikan impian kau kalau kehidupan kau nanti x seperti yang kau harapkan? 
Mat terus terdiam .

Hah , ada sesape faham story kat atas tu ?Okay , nanti aku sambung . . aku nak g kelas dulu . Adios!


haluuuu ! im back ! kelas dah abes , esok cuti . . yuhuuuu ! dipersilakan untuk baling aku kt dalam lubang jamban korang . .

Apa yang Adam cuba sampaikan kat Mat ialah :
  1. setiap orang ada impian yang ingin dicapai
  2. tapi tak semua orang impian dia tertunai
  3. ada faktor2 nya .
  4. apa faktornya ?
  5. fikir la sendiri . .
hahaha . . maafkan hamba yang kerdil lagi hina ni ye . . meh sini aku nak explain . . dengar bebaik . .

Moral of the story , nak ada impian tu boleh tapi kena la jelas . tayah main cakap je . kalau cakap je , aku pun boleh . . apa maksud aku 'kena la jelas' tu ? maksudnya , bila kita pasang satu impian , kita kena tau apa tujuan kita buat impian tu , apa faedah kita akan dapat . ada yang pasang impian nak beli rumah besar mengalahkan rumah president zimbabwe , tp bila tiba masanya , jangan kata rumah , tapak pun ta de . ada jugak yang pasang impian nak berjaya dalam pelajaran , kalau boleh biar satu dunia tau , tapi bila tiba masanya , pelajaran entah ke mana , kita entah ke mana . nk berimpian tu boleh , tapi biarlah seiring dengan usaha dengan semangat yang membara . ni tak, cakap je pandai , buat nya tak .

jadi kepada kenkorang sume , ingat lah . . impian tu biar laa jelas . supaya mudah untuk kita mencapai nya kelak . cewahh, dah mcm motivator lak aku ni . anak kaunselor laa katekan . .

wallahualam .

IntroDukSyen

Assalamualaikum..

Wuuuu.. Lalalalalala.. pe hal lak NunaNajwa ni tetibe je.. hehehe.. well, epy doe dapat buat blog.. ye laa sebelum ni mane sempat nak layan sume ni.. percaya atau tak, aku create blog bulan Julai yg lepas, tapi update bulan doblas.. wuhuuu.. terbaek kan? 6 bulan x bukak blog.. tgk? ni laa tanda kebusyan aku.. chesss, busy laa sgt ngko ni.. padahal duk layan kpop + runningman je.. okay, mlm ni(actually dh kul 2 pagi) aku tanak melalut, meroyan or watever, pasal aku tade idea.. so, aku buat introduksyen laa sikit ye pasal aku ni.. tanak baca sudah.. 

omo omo omo.. who is she? hahaha..ni laa aku.. juz a simple girl.. aku x laa peramah sgt tp kalow owg tegur aku dulu, insyaallah laa.. dah laa,, mengarut je aku . . ok bai . .