4/01/2014

Sentap , Insaf , Taubat

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog even final dah dekat. Tujuan aku update entry baru malam ni sebab aku nak kongsi something yang membuat aku TERSENTAP, INSAF, dan terus BERTAUBAT. 

Lately ni banyak yang tak kena dengan aku membuatkan aku rasa nak give up. membuatkan aku rasa aku lah pelajar yang paling teruk, membuatkan aku rasa aku lah anak yang tak guna. membuatkan aku rasa sangat-sangat kecewa. kadang aku terpikir sensorang, apa tujuan aku hidup? kadang aku terpikir kenapa aku hidup? kadang aku terpikir kenapa aku yang Allah berikan ujian sebegini rupa? aku terlalu memikirkan benda-benda ni sampai aku tak kenal siapa aku. sampai kan aku salah kan Tuhan! memang banyak dosa aku dengan Allah, dengan mak ayah aku, dengan semua orang yang kenal aku. terlalu banyak sehingga kan aku tak tahu sama ada Allah akan ampunkan aku atau tak. sampaikan aku rasa nak meletup dada ni tahan sebak memikirkan kekhilafan aku yang dulu. memang aku seorang pendosa. aku manusia yang melakukan banyak dosa.

28/03/14
Aku akan ingat tarikh ni. dan aku takkan lupa sampai bila-bila. tarikh yang membuatkan aku rasa TERSENTAP dan INSAF. tarikh keramat. apa yang mampu aku ucapkan ialah JUTAAN TERIMA KASIH! terima kasih sebab berjaya mem'brainwash'kan aku. tarikh yang membuatkan aku rasa sangat-sangat kerdil. seharian menangis. aku yang dulunya megah berdiri di hadapan orang, tapi lemah bila berhadapan dengan insan yang sangat dihormati oleh orang sekeliling. berhadapan dengan beliau membuatkan aku secara automatik menjatuhkan kedua-dua lutut aku dan menangis semahu-mahunya. bicaranya lembut sesuai dengan status beliau sebagai seorang ibu. halus kata-katanya meresap ke dasar hati aku yang paling dalam. satu hari aku ber'consultation' dengan beliau. satu hari aku meluahkan segalanya. hari yang aku rasa amat lah panjang tapi paling bermakna. saat mulutnya terbuka berbicara, fikiran aku melayang. memikirkan dosa-dosa ku, memikirkan mama dan abah, segala yang aku lakukan terlintas bagaikan sedang menyaksikan slideshow tentang perjalanan hidup aku. saat itu air mataku tumpah tanpa segan dihadapan beliau. jujur, aku takut. takut dengan apa yang telah aku lakukan. takut dengan dosa-dosaku sendiri. takut akan kesannya nanti. 

sekali lagi aku di'hadiah'kan dengan 'tayangan' azab kubur. Allahu. tak pernah aku rasa takut sebegini rupa. ceramah agama yang selama ni aku hadir, tidak pernah satu pun memberi kesan sebegini kepada ku. sekali lagi aku menangis. dengan perlahan beliau menepuk lembut bahuku. tanpa malu aku memeluk insan yang ketika itu turut sama menitiskan air mata denganku. aku menangis semahu-mahu nya. beliau terus memujuk ku dengan kata-kata yang sangat halus. rasa bersalah kian menyelubungi diri. rasa ingin sujud di kaki mama dan abah membuak-buak. sekali lagi beliau memeluk aku.

SENTAP.

INSAF.

MENYESAL.

BERSALAH.

perasaan aku berbaur. waktu itu aku hanya mampu berdoa. ingin sujud di atas sejadah terpaksa ditahan kerana aku uzur syari'e. aku dan beliau sama-sama berdoa. berdoa semoga kami diberi kesempatan untuk bertaubat. 

di saat itu aku rasa sangat tenang. rasa bersyukur. bermacam-macam rasa.

dalam perjalanan menuju ke mahallah, aku terfikir sesuatu. 
MALU.
ye, malu. aku malu. malu dengan keadaan aku. malu dengan kawan-kawan. sangat malu. malu untuk berhadapan dengan semua orang. malu dengan Allah. 

Allahu. Allahu.

malam tu aku menangis lagi. mengenang dosa lalu. 

Wallahualam.