1/04/2014

Bertuahkah Kita?

Assalamualaikum,

Bertuahnya kita kerana masih punya ibu dan bapa . Boleh berdampingan dan berkasih sayang dengan mereka . TAPI , bertuahkah kita bila kesedaran itu hanya datang bila mereka sudah tiada?

Bertuahnya kita, selepas setahun berkahwin dikurniakan anak yang comel . TAPI , bertuahkah kita bila anak yang comel itu tidak dididik sebaik mungkin dan mereka membesar menjadi penagih, perompak atau pengkhianat bangsa dan negara ?

Bertuahnya kita apabila bangun daripada tidur , kita masih bernafas seperti biasa . TAPI , bertuahkah kita bila nyawa yang dikurniakan itu tidak digunakan sebaik mungkin , sebaliknya hanya dihabiskan untuk perkara sia-sia ?

Bertuahnya kita apabila tamat belajar dapat kerja bagus , gaji besar dan hidup dalam kesenangan . TAPI bertuahkah kita bila kesenangan itu menjadikan kita sombong , bongkak , dan melupakan mereka yang susah ?

Bertuahnya kita apabila punya jam tangan Rolex , kasut Jimmy Choo , baju Marc Jacobs , beg tangan Luois Vuitton yang harganya ribuan ringgit . TAPI , bertuahkah kita bila semua itu diperoleh dengan berhutang ?

Kita sebenarnya insan bertuah di atas muka bumi ini . Tuah juga sentiasa menyebelahi kita . TAPI , adakah kita tergolong sebagai insan bertuah yang menggunakan tuah itu sebaik mungkin ?

Wallahualam.