12/14/2013

Le'Memoir

Assalamualaikum.

korang sihat tak? alhamdulillah. sentiasa laa bersyukur ye. malam ni aku tak leh tidur. tangan ni tetibe gatal nak menaip. hehe. orait, malam ni(ekceli dh 2.38 pagi), tetibe lak aku teringat time aku masuk UIA PJ. percaya atau tak, pilihan nak masuk UIA PJ ni merupakan pilihan yang keempat aku dalam UPU. okay, aku nak recall balik incident2 lepas.. hahaha

Khamis, Mac 2013
hari result SPM kuar. berdebar tu toksah kata laa.. mmg berdebar sgt2. dalam 10.30 lebih kurang, Madam call. Madam tanya, "Dah amek result belum?" nada serius lak tuh. aku dah start rasa something dah ni. cuak semacam je. aku jawab, "belum lagi. tengah siap2. lagipun tunggu abah datang amek, tak datang2 lagi." lepas tu Madam tanya lagi, "Agak2 kakak, result kakak camne nanti? okay ke tak okay?" hish, Madam ni, aku dah laa kecut perut dari semalam lagi, dia boleh pulak tanya soalan camtu. aku tak sempat jawab lagi soalan dia, Madam dah letak phone. macam sedih je. then, Madam send mesej berbunyik, "Mama dah tengok result kakak. Alhamdulillah, mama bangga dengan kakak. kakak dah buat yang terbaik." erkk, what the ??? okay, time tu aku rasa jantung aku dah tercabut. aku dah rasa nazak semacam je. then, bunyi mesej masuk lagi. kali ni dari cikgu peribadi aku.*bajet je aku kan? cikgu peribadi segala bagai* mesej berbunyi, "Salam najwa, result camne? semua okay? saya harap dapat lah capai target." putus nafas sekejap. aku dah gelisah semacam je ni. Sajangnim pulak tak sampai2 lagi. kejap tengok luar, kejap tengok jam, kejap tengok tu, kejap tengok ni, boleh kata aku ni macam kucing hilang anak. 

dalam pukul 11.30 camtu aku sampai kat STEMZA. aku tengok ramai je student kat sekolah. *memang la, kan tengah waktu persekolahan, bongok laa kau.* then, dengan langkah sejuta trillion keyakinan, aku pun melangkah ke dewan sekolah. semua duk pandang aku mase aku masuk dewan. dalam hati dah cuak gegilew ni. pe hal pandang? tak pernah pandang orang ke? sampai je aku terus duduk. dah tak pikir pape dah. amek earphone, amek phone, sumbat earphone kat telinga, bukak phone cari lagu, dengar lagu sambil layan facebook, buat2 tak tau keadaan sekeliling. mase tengah syok dengar BigBang nyanyi, tetibe je kena sergah. aku pun pe lagi, campak phone, lepas tu melatah sensorang depan pengetua. malu gile!!! aku rasa nak je baling kerusi2 kat dewan tu kat diorang. pengetua lak siap gelakkan aku lagi. hampeh betol! sabar je laa.. muka ni memang konfem dan sahihnya merah macam kena grill. 

lepas dengar ucapan pengetua, aku terus amek result. tengok slip then senyum sensorang.*tetibe -.-'* pastu aku g salam ngn sume cikgu pompuan sambil ucap terima kasih. lepas tu call Sajangnim mintak datang amek. 15 minit camtu, Sajangnim sampai dengan muka selamba dia.. *ayah aku suke buat muka selamba, lepas tu sengih sensorang.* masuk dalam kete, aku bagitau result kat Sajangnim. tetibe Sajangnim,

"JOM!!"

aku punya lah terkejut nasib tak innalillah kat situ. punya lah kuat dia jerit. terus je dia tekan minyak, perggh! laju gile.. kecut perut. masa tu aku ingat mati je. nasib baik kete lain tak banyak atas jalan. lepas tu aku tak ingat apa jadi.. hehehe


Isnin, 10 Jun 2013,
Ari aku daftar masuk UIA PJ. belum sampai AMF Hall, sorang sister ni speaking dgn aku. muka aku, BLANK, BLUR.. masa tu tunggu air terjun niagara nak melimpah je.. pakcik aku cakap, "Alaa..cool je. time camni je dia speaking, nanti dia cakap melayu laa tu. watlek je." banyak laa pakcik punya cool, watlek.. aku dah la tak pernah berenggang ngn Madam, rasa nak nangis kat situ je time tu. tapi memandangkan ramai orang, so aku tahan je. lepas tu dengar taklimat, submit borang, and amek kunci. aku ngn family aku terus je blah dari situ and g cari mahallah khadijah. masuk je mahallah terus tergamam. sebab ada LIF! haha.. then, angkut barang and naik tingkat 4, pergi cari bilik C4.431.. kepala aku pun dah bengong semacam je sbb cari bilik tak jumpa2. nasib baik ada sister ni tolong tunjuk bilik. alhamdulillah, jumpa gak. 

masuk bilik kemas barang segala bagai, turun lobby sebab nak hantar family aku balik. wuwuwuwu, sedih gile time tu.. ye laa, mana taknya, sebelum ni mana pernah berenggang ngn family aku. paling lama pun 3 ari je. aku apa lagi, menangis, melalak, meraung macam takkan jumpa lagi dah lepas tu.*gedik kn?* then, salam ngn sume orang lps tu naik bilik ngn hati pilu.*pilu la sgt.* 

sampai bilik, aku duduk atas katil aku sambil kemas barang2 yg aku tak sempat kemas tadi. masa tu aku buat2 tak tahu je kat rumet aku. masing2 buat kerja masing2. malam tu barulah kitorang bertaaruf sesama sendiri.

ni Athirah. nama manja dia Chom@A'a. dia dari Gombak.

ni lak Hanisah. dari Sarawak.

konon sambut raya memalam depan mahallah khadijah.
yang pakai tudung oren tu nama dia Neelam. dia dari Sabah.
Athirah atau mesra dipanggil Chom ni, sebenarnya seorang yang determined tau. dia nak something, dia pikir banyak2 kali sebelum dapat. dia ni macam kakak. imej matang dia buat aku rasa selamat bila Madam and Sajangnim tak de. well, dia laa yang paling banyak tolong aku.

Hanisah atau Nisah ni jenis yang pendiam sikit. dia tak banyak cakap. tapi diam2 berisi. peminat tegar YongHwa CN Blue tau. and dia jugak kpop mania. cuma tak nampak obses sangat macam aku. masa dia cuma banyak dihabiskan dengan belajar je. no wonder laa dapat pointer tinggi masa sem satu. tapi banyak benda yang aku tak tau pasal dia ni.. tapi dia ni sangat laa baik hati. 

Rumet ni paling aku sayang,, kenapa? sebab dia satu kepala dengan aku. gila2 macam aku. Nama dia Neelam Shahida tapi kitorang panggil Neelam je. nak tahu kenapa aku sayang dia? she is a good listener. dia suka dengar aku cerita. aku ni memang banyak mulut, kalau boleh sume benda aku nak cerita dgn dia. dia pulak jenis tak berkira sangat. banyak masalah aku kongsi dengan dia. kadang tu aku nangis depan dia. yang paling tak leh blah, bila aku nangis dia pun ikut nangis. hahaha.. kitorang macam kembar tapi sume tak sama. bila aku sunyi dia lah yang hiburkan aku. buat lawak yang tak pernah lawak. haha.. 

okay laa.. aku dah penat menaip..  nanti2 aku sambung lagi pasal life aku kat UIA PJ ni ye? Bye2! take care ye sume2..

Wallahualam