2/08/2014

Dah 19, Stress & Give Up(Migrain)

Assalamualaikum,

Lamanya rasa tak update blog. huhu. bajet macam ada orang baca kan? lately ni aku busy sikit la. dengan projek, assignment yg tak pernah-pernah nak siap. entry kali ni aku nak throwback cerita minggu-minggu lepas. harap korang enjoy la baca ye. bagi sesape yang baca lah.

Dah 19 laa wei..
30 Januari yang lalu merupakan tarikh yang kira-kira bermakna laa bagi aku. sebab pada hari tu aku akan terima banyak wish, dan hadiah. hehe. chetss, x bersyukur. 

alhamdulillah, aku bersyukur sebab aku masih lagi diberi keizinan oleh-Nya untuk bernafas di muka bumi yang serba hijau dan aman. bahasa Melayu sangat kan.

aku still tak percaya yang aku dah 19. aku still rasa yang aku ni budak 18 tahun yang tak pernah matang, tak pernah nak dengar cakap mak ayah, yang selalu buat keputusan sendiri, yang selalu gaduh dengan adik2 sampai diorang nangis. jahat en aku. 

aku dulu seorang yang sangat annoying. even mak aku sendiri pernah cakap, kenapa dia lahirkan aku. tapi biasanya mak tak pernah maksudkan pun kan. tapi dulu aku memang jahil. bila aku dapat tawaran masuk CFS, aku cuba ubah pelan2. aku ubah perangai aku, percakapan aku dan gaya aku. 

sekarang dah 3 sem aku kat CFS. banyak benda yang aku lalui, yang aku tahu, yang aku tak pernah sedar akan kewujudan sesuatu benda tu. kat CFS jugak lah aku melalui proses kematangan sebab first time aku tinggal kat hostel. alhamdulillah, aku berjaya.

19 tahun aku hidup, aku berpeluang untuk merasai pelbagai pengalaman. aku di beri peluang untuk mencintai dan dicintai. aku diberi peluang untuk mengerti erti kehidupan. sumpah ayat skema. selama 19 tahun jugak lah aku berpeluang mengenali erti persahabatan. macam-macam kawan aku jumpa. macam-macam perangai. bak kata peribahasa, lain udang lain garam, lain orang lain ragam. ha, amek kau, nak peribahasa sangat.

apa yang aku harap dalam usia 19 tahun aku ni? aku rasa berat nak tinggalkan angka 18 tu. cam bajet je aku kan? baru naik satu angka. lantak korang ah nak pikir ape pun, tapi bagi aku memang berat. sebab semakin meningkat umur kita, semakin kita kena jadi matang. tapi aku tak nak. aku still nak jadi budak yang tak matang, yang boleh berperangai macam budak2. aku boleh je cakap umur 19 pun boleh berperangai camtu, tapi agak-agak lah weyhh, tak ke jatuh imej aku nanti bila orang nampak aku berkelakuan seperti itu? apekahh? kalau 18 tu mungkin orang akan cakap, 'oh, biasa lah budak baru nak matang.' so bila orang dah cakap camtu, takkan lah umur 19 still lagi nak buat semua tu? memang tak ah kan. 

aku still nak jadi anak yang solehah untuk mama dengan abah, yang seboleh-bolehnya nak parents aku sentiasa tersenyum, yang boleh hadiahkan sinaran untuk diorang kat akhirat nanti. insyaAllah. Amiin.

thank u so much pada yang wish birthday aku.  chom, siap bagi hadiah lagi tu, so shuwiit lah kau, elin, najat, teh, budak2 stemza, jannah, neelam, hanisah, jia, amin, bob, and buat semua yang tak pernah lupa birthday aku. nak sebut semua aku rasa memang tak muat lah. terima kasih sekali lagi bagi yang mendoakan aku. aku jugak mendoakan semoga korang sentiasa panjang umur and sentiasa dimurahkan rezeki. may Allah bless all of u. ameen. 

Stress & Give Up(Migrain)

lately ni aku sering stress. kadang tu rasa nak give up. bila aku stress, datin migrain mesti akan datang melawat aku. waktu tu kau tak yah cakap la bila dia datang sakit tu, cuma Allah je yang tau. rasa sakit dia tu mencucuk-cucuk kepala aku. apa yang aku mampu waktu tu cuma baring and tidur. walaupun kau tidur lena sekalipun, sakit tu tetap takkan hilang. 

setiap kali aku stress, setiap kali tu rasa nak give up. time tu jugak lah datang macam2 perasaan, fikiran2 yang negatif. yang semuanya melemahkan lagi semangat aku untuk belajar. even semua cakap 'be strong, sabarlah, kau kan kuat, kau boleh buat.' tapi tak semua dapat rasa apa yang aku rasa time tu. tak semua boleh faham. tak semua akan lalui benda yang aku lalui sekarang ni. 

kat CFS, walaupun aku ada kawan2 yang aku boleh bercerita, bercakap, meluahkan, tapi tak sama bila kita bercerita, bercakap and luahkan segala kat ibu kita. walaupun kau boleh cakap ape yang mak kita bagitau tu lebih kurang sama je bila kita dengan kawan kita, tapi perasaan tu lain. kita akan rasa lebih tenang. aku ni bukanlah anak manja mak, tapi aku still akan menangis bila bercakap dengan mak aku. lebih2 lagi bila aku dah berjauhan camni. walaupun boleh dikatakan hari-hari aku call mak aku, tapi aku tetap akan menangis bila dengar suara dia.

mak aku ni dulu kaunselor, so dia selalu lah bagi kaunseling kau orang lain. jujur aku cakap, aku lebih suka bercakap dengan mak aku. even aku ada kawan2 yang sekepala dengan aku. mak aku suka beri nasihat. nasihat tu pulak berdasarkan pengalaman dia sendiri. so, bila aku cerita masalah aku kat dia, kau jangan cakap lah air mata aku mengalir laju camne. laju dia tu kalah air terjun niagara. satu lagi masalah aku ni, bila bercakap time menangis, memang harapan lah kau nak dengar suara aku. 

aku selalu dengar kata2 motivasi, kata2 yang boleh naikkan balik semangat aku, tapi time tu je aku bersemangat, bermotivasi, lepas tu jadi balik. ramai yang cakap aku kena konsisten, ye, aku cuba. tapi bila migrain datang, serta merta semangat aku down! macam kena hempap batu besar. 

satu lagi problem aku ni, aku susah tidur malam. kalau aku tidur awal sekalipun, aku still akan terbangun kul 1-2 pagi. lepas tu, bila nak lelap balik, memang hampeh lah jawapan dia. pastu bila aku tak tidur, esok nya mesti ada yang aku ponteng kelas. sebab apa? sebab migrain lah. dalam minggu ni je aku pergi kelas dua kali je. means, yang selebih nya tu aku ponteng. teruk kan? tapi kau tak tahu sakit dia camne. boleh je time tu aku amek kapak, kapak kepala aku sendiri. tapi aku tak nak lah mati awal. iman aku pun kurang, amal pun tak cukup, camne nak masuk syurga? mintak jauh dari neraka.

pape pun, aku rasa dah banyak sangat aku mengarut. k lah, papai! 

Wallahualam.