1/06/2014

Kenapa Kita Diuji?

Assalamualaikum.

Ptg tadi mase tgh duk relax2, aku ada baca satu majalah ni. Majalah Iman. Memang best gile2 majalah ni. menangis aku time baca majalah ni. tgh2 baca tu aku tertarik ngn satu artikel ni. artikel ni tajuk nya Kenapa kita diuji? . persoalan yg selama ni duk bermain dlm benak otak aku ni akhirnya terjawab. moh kita baca. aku copy and paste je.


Ujian datang dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa. Ujian tidak mengenal pangkat dan kedudukan. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, orang miskin pula diuji dengan kemiskinannya. Orang yang kuat amal ibadahnya juga tidak terlepas daripada ditimpa ujian. 

Ada yang sebelumnya kaya raya, secara tiba-tiba ditimpa oleh musibah sehingga jatuh miskin. Ada pula yang sihat tubuh badan, tiba-tiba jatuh sakit sehingga menderita. Suka atau tidak ujian pasti akan hadir. Hanya orang yang memiliki sifat sabar di dalam hati mampu berdepan ujian dan musibah sebegini. Bagi yang tiada sifat sabar pasti akan kecundang.

Perjalanan hidup kita tidak sama dengan orang lain. Ada orang yang mampu bertahan dan bersabar ketika menghadapi kesusahan, tetapi jatuh tersungkur apabila diuji dengan kesenangan. Ada juga yang kuat melakukan amal ibadat tetapi hilang punca ketuka diuji dengan musibah.

Ketika menerima ujian, sering kita tertanya-tanya, mengapa Allah SWT menimpakan ujian yang sebegitu kepada kita. Percayalah! Allah SWT itu lebih mengetahui mengapa kita diuji sedemikian rupa. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan, kesenangan, musibah atau kesakitan. Setiap orang akan diuji mengikut kemampuan diri mereka.

Hakikatnya, hidup manusia tidak akan pernah sunyi daripada menghadapi ujian. Dunia otu sendiri merupakan medan ujian kepada manusia. Sebagai orang yang beriman dan mempercayai qadak dan qadar Allah, pastinya akan menerima setiap ujian ini dengan redha dan yakin bahawa segala ujian yang menimpa bukanlah perkara sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah: 153 yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. 
From: Ust. Muhammad Kazim Elias al-Hafiz

Wallahualam.