12/10/2013

Nilai Sebenar Seorang Isteri

Assalamualaikum 

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang untuk datang ke depan.

PENCERAMAH : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya.

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus dua nama lagi..

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba,

PENCERAMAH : Silakan padam 1 nama lagi!

Lelaki itu dengan perlahan-lahan, mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : Silakan pilih 1 nama lagi.

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH : Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu dia menjawab,

LELAKI : Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak saya jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.

Semua yang berada di dalam dewan tersebut menitiskan air mata mendengar penjelasan lelaki itu. 

#copy&paste

- Story di atas hanya lah copy & paste dari seorang sahabat aku. Mesti korang tertanya2 kan kenapa aku tetibe bukak story mory pasal suami isteri ni kan? Ekcelli, aku tertarik dengan jawapan yang diberikan lelaki itu . kat situ korang nampak tak nilai seorang isteri? untuk aku yang bakal jadi isteri one day nanti kn, aku teramat laa tersentuh dengan jawapan lelaki tu. Sweet kan? *tgh berangan-.-*

So, kepada suami atau yang bakal menjadi suami , hargai lah isteri atau bakal isteri anda. Sayangi lah mereka selagi mereka mampu menjadi yang terbaik untuk kita. sama-sama lah kita ambik iktibar dan hikmah berdasarkan story di atas ye..

Wallahualam . .