2/27/2015

No Title

Assalamualaikum

Dah hampir setahun rasanya aku tak menaip. Dah berhabuk dah pun blog ni. *fuhhh(tiup habuk)* Title entry tak de kena mengena dengan cerita aku. Sebab aku tak tau nak letak title apa.

Dah hampir 8 bulan aku menganggur. 8 bulan jugak lah aku duk rumah jadi bibik. Tapi aku tak kisah. Aku tak menyesal dengan keputusan yg aku buat dulu. Aku sedar kekurangan dan kelebihan aku. Apa yg aku cuba nak cerita ialah beza dulu dan sekarang. Aku bukan nak sindir atau perli siapa2. Dan aku tak tuju kan post ni kat siapa2.

Beza manusia dulu dan sekarang.
Camna diorang terima aku dulu dgn sekarang.
Dulu mungkin sebab aku sama level dengan diorang, so aku boleh masuk dlm mana2 jenis manusia. Aku tak nafikan, dunia sekarang ni ramai yg bersifat hipokrit. Aku pun hipokrit jugak. Sebab aku manusia. Sama je macam manusia2 lain. Masing2 ada sebab sendiri. Ada alasan yg tak boleh nak explain. Sama macam aku.

Ada sebab kenapa aku berhenti belajar. Alasan yg aku bagi kat orang bila diorang tanya kenapa ialah aku tak minat belajar. Tapi aku ada alasan lain yang lebih kukuh. Cuma aku tak boleh cerita dekat orang. Kalau aku cerita, sama macam aku bukak aib aku sendiri. So aku pilih untuk pendam. Lagi better aku rasa bila aku diam. Biar lah diorang nak kata apa pun. Masing2 ada satu rahsia yg hanya dia dan Allah sahaja yg tahu.

Tapi apa yang buat aku terasa hati ialah penerimaan orang di sekeliling aku bila tau aku cuma ada sijil spm. Dari situ aku dah tahu taraf aku kat mana.

Sakit tu hanya Allah yang tahu.

Wallahualam.